berita

Diminta Hadir Ke Hospital Lakukan Saringan, Jemaah Tabligh Teruskan Aktiviti Dakwah Dalam Wad

March 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah mengarahkan anggaran seramai 10,000 orang ahli jemaah dari beberapa negara termasuk Malaysia yang terlibat dalam Perhimpunan Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling untuk membuat ujian saringan. Hal ini bagi memastikan jangkitan Covid-19 tidak terus merebak dalam komuniti.

Terbaru, sejumlah jemaah tabligh tersebut telah hadir membuat ujian saringan dan ada di antara mereka terpaksa dikuarantinkan. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian apabila golongan ini tidak melepaskan peluang dan masih menjalankan aktiviti dakwah mereka walaupun berada di dalam wad.

Aktiviti dakwah masih diteruskan

https://www.facebook.com/syawwal12/posts/3083217155045597

Fuad Akmal menerusi akaun Facebook miliknya memuatnaik beberapa foto sekumpulan ahli jemaah telah dikuarantin di Hospital Miri masih menjalankan aktiviti dakwah mereka. Difahamkan, kesemua mereka ini merupakan antara ahli jemaah yang telah hadir dalam Perhimpunan Jemaah Tabl?gh di Masjid Sri Petaling tempoh hari.

Meskipun masih dikuarantin di wad, ianya langsung tidak menghalang serta mengganggu aktiviti mereka malah golongan ini masih meneruskan program seperti ta’alim, bayan, tilawah al-Quran, zikir dan dakwah iman.

Jangan salahkan orang

https://www.facebook.com/fatmafarhana/posts/10157311881382675

Sementara itu, seorang pengguna Facebook Fatmafarhana Faye meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir individu yang hanya menuding jari menyalahkan ahli jemaah tabligh ini dengan menyifatkan golongan ini sebagai individu tidak bertanggungjawab.

Menurut wanita ini, dia menegaskan bahawa ahli jemaah tabligh ini adalah insan yang bertanggungjawab memandang mereka sanggup beratur menunggu giliran dengan Al-quran dan tasbih di tangan semata-mata untuk membuat pemeriksaan.

Semoga dipermudahkan

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 ini. Tidak kurang juga, ada di antara mereka yang menitipkan doa agar keadaan akan kembali pulih seperti biasa dan kesembuhan akan diberikan kepada mereka yang dijangkiti.

Sumber: Fuad Akmal, Fatmafarhana Faye, Mohd Khaiyum

SKIP THIS AD ×