berita

Dina Nadzir & Cik B Mahu Wanita Bersaiz ‘Comel’ Terus Yakin Dengan Diri – ‘Sekarang Bukan Lagi Zaman Taboo’

March 23rd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Dina Ndzir serta usahawan muda, Cik B yang juga merupakan kepada anak Datuk Seri Vida.

Hargai diri

Terbaru, dua selebriti bersaiz comel, Dina Nadzir dan Cik B memuji usaha jenama pengeluar pakaian wanita gempal atau ‘plus size’, Mis Claire dalam menyerlahkan keyakinan golongan seperti mereka.

Kata Dina, dia berasa selesa dan yakin dengan diri sendiri meskipun mempunyai badan berisi.

Wanita bersaiz badan macam kami ini sudah ada keyakinan diri. Kita hidup di zaman sekarang, ia bukan lagi taboo atau masalah. Kalau ada orang ejek fasal saiz kita, pasti ada yang akan back-up dan hentam mereka yang mengejek itu.

Jadi diri sendiri kerana setiap dari kita ada kecantikan tersendiri. Tak kira apa jua badan saiz, kita ada kelebihan dan kekurangan. Saya hingga saat ini selesa apa adanya dengan diri ini.

Saya masih berdiet tapi sekadar suka-suka dan meletakkan garis keselesaan diri. Tapi kalau ada di antara kita, yang rasa nak menyerah dengan berdiet atau mahu kurus, jangan bimbang.

Tiada tekanan, kita hanya hidup sekali. Yang penting diri ini kita hargai.

Tambah bekas peserta program realiti, Malaysian Idol, Dina, dia sudah lima tahun setia dengan jenama berkenaan.

Saya antara penggemar setia jenama ini. Ia bersifat ‘adventures, nampak mahal dan bertepatan dengan keinginan saya berfesyen. Nak beli jeans rugged yang koyak pun ada. Malah ia menawarkan pilihan warna berbeza.

Ia sekali gus mencabar diri saya untuk melawan arus, berekperimentasi dari segi warna dan bentuk. Selalunya orang saiz badan macam saya ini terhad dengan pilihan atau bentuk tertentu semata-mata. Tapi tidak dengan jenama ini.

Kena bangga dengan diri

Selain itu, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin pula mengakui jenama itu memberi solusi mudah kepadanya yang selama ini sukar mencari pakaian.

Jenama ini memang diketahui umum terkenal kepada golongan yang bersaiz comel macam saya. Tanyalah sesiapa yang berbadan macam saya, tentu jenama ini yang terlintas.

Kalau tanya beli mana baju raya saiz comel, jawab mereka, mestilah Mis Claire.

Penyanyi yang baru muncul dengan single Doakan itu juga berpesan supaya golongan sepertinya jangan terus rasa ‘insecure’.

Jadilah diri sendiri. Kita comel, kena bangga dan yakin. Keyakinan diri itulah kecantikan dan ‘alat solek’ utama. Kalau tak yakin, jadilah bagaimanapun takkan nampak kecantikan dan keyakinan itu.

Dina dan Cik B berkata demikian ketika ditemui di majlis pertunjukan koleksi jenama itu menerusi tema Ikatan Raya di Bayswater, KLCC, baru-baru ini.

Pelbagai gaya fesyen

Sementara itu, saban tahun, jenama pengeluar pakaian dan busana wanita gempal ‘plus size’ popular di pasaran, Mis Claire tak ketinggalan terus menyajikan koleksi raya.

Terdapat sembilan koleksi raya kali ini yang dijual iaitu Petra, Minimal Embroidery, Easy Raya, Raya4All, Romance, Urban Cotton, Dainty Collection, Sahara Night dan Ikatan Raya.

Menurut pengasas jenama itu, Niko atau nama penuhnya, Niko Tan Bee Ai, secara keseluruhannya daripada sembilan koleksi dipersembahkan merangkumi lebih daripada 30 pilihan baju raya.

Rekaan pakaian yang ditawarkan oleh Mis Claire terdiri dari potongan klasik dan juga moden, memenuhi pelbagai tema sambutan raya di kalangan rakyat Malaysia dari tema Glam ke Santai. Ia termasuklah dari rekaan yang elegan hingga yang bergaya.

Setiap pakaian diperuntukkan adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang ingin tampil cantik dan anggun pada sambutan raya. Tapi
yang membuatkan rekaan raya ini unik kerana ia boleh dipakai selepas musim perayaan.

Ia sekaligus menjadikannya satu pelaburan yang berbaloi. Kami juga ingin pelanggan yakin dengan pembelian mereka bahawa baju raya boleh dipakai bila-bila masa tanpa terhad mengikut sambutan semata-mata.

Tambah wanita kelahiran Alor Setar, Kedah berstatus ibu kepada dua cahaya mata ini, koleksi ditampilkan termasuk jenis potongan tradisional dan moden, Kurung serta jubah yang menggabungkan elemen klasik dan kontemporari.

Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa setiap wanita ‘plus size’ akan menemui gaya yang diidamkan untuk sambutan raya.

Rekaan pakaian tahun ini mempunyai gabungan warna yang indah dan unik yang menjadikan setiap pakaian benar-benar istimewa. Kami telah bekerja keras untuk menyediakan pakaian yang tidak hanya cantik tetapi juga selesa dan memenuhi citarasa pelanggan kami.

Kami berharap rekaan dijual dapat memberikan kebahagiaan dan kepuasan kepada semua pelanggan kami.

Dalam pada itu, katanya lagi, koleksi raya kali ini dilancarkan secara berperingkat sejak 10 Mac lalu.

Mis Claire meletakkan komitmen tinggi bagi memastikan wanita plus size tampil bergaya semasa sambutan Hari Raya. Oleh itu, saiz yang ditawarkan adalah dari XL hingga 7XL untuk memenuhi pelbagai jenis bentuk badan.

Harga koleksi ini bermula dari harga mampu milik RM168 dan tidak melebihi RM299. Tak ketinggalan turut menawarkan nilai yang baik untuk bahan berkualiti tinggi dan kemahiran penjahit pakar. Untuk lebih lanjut boleh layari www.misclaire.com atau kunjungi Shopee, Lazada dan TikTok rasmi kami.

Atau juga boleh ke stor fizikal kami di Taman Sea, Petaling Jaya, iOi City Mall, Sogo dan Aeon Mal, Shah Alam. Tahun ini juga kami merancang membuka cawangan stor di Johor Bahru.

SKIP THIS AD ×