berita

Dinding Mereput & Retak? Ketahui Jenis Kerosakan & Cara Mengatasinya!

October 21st, 2019 | by Sharmila Rahmat
Shout Out!

Untuk korang yang beru berpindah, penting sangat untuk tahu kondisi rumah yang korang duduki tu. Kadang-kadang kalau duduk rumah yang baru ataupun pernah disewa orang lain, mesti ada kerosakan terutamanya bahagian dinding. Retak la, mereput la, merekah la dan macam-macam lagi. Nak tak nak kena repair lah jugak dinding yang rosak tu.

Banyak jugak pakai duit tu. Haa..jom kenal pasti masalah dinding korang dan cara-cara mengatasinya!

Jenis kerosakan biasa pada dinding..

Rekahan

Rekahan ialah  istilah kepada retakan serius dan nak tahu macam mana korang nak kenal pasti rekahan tu? Senang je, korang kena check dinding tu, kalau nampak cahaya dari sebelah luar dinding maksudnya memang rekahan berlaku.

Lepuhan 

Lepuhan adalah pop-up ataupun bonjolan pada dinding. Kebiasaannya, lepuhan berlaku disebabkan nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan proses panas dan sejuk pada dinding.

Lupasan

Lupasan berlaku apabila proses kemasan dinding yang tidak dilakukan dengan betul menyebabkan cat atau kot skim tidak melekat. Selain itu, proses cat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh sepatutnya juga penyebab lupasan berlaku.

A1 Wet Skim penyelamat dinding korang!

Kebiasaanya kalau ada masalah dengan dinding rumah mesti korang akan beli skim coat dinding untuk mencantikkan dinding rumah korang kan? Proses nak menggunakan kot skim pun agak leceh, kerana banyak menggunakan tenaga dan masa.

Jangan risau! Dengan ada nya A1 Wet Skim , masalah dinding korang akan dapat diatasi!

Lebih mudah digunakan dari kot skim yang lain..

Apa yang bestnya mengenai A1 Wet Skim ni adalah ianya sedia untuk digunakan! Macam mana tu? Haa..apa yang di katakan sedia untuk digunakan ni ialah korang just goncang-goncang, buka dan terus boleh digunakan serta merta!

Kalau guna cara biasa, proses nak buat kot skim ni mengambil masa dan juga menggunakan banyak tenaga. Yelah, kena buat bancuhan tepung kot skim dulu, lepas tu, ia tidak boleh digunakan semula. Tetapi dengan A1 Wet Skim, korang boleh simpan dan boleh digunakan berkali-kali!

Keistimewaan A1 Wet Skim..

A1 Wet Skim sedia digunakan ini lebih baik daripada kot skim yang lain. Struktur yang lembut dan lebih licin memang memudahkan proses mengecat. Yang lagi best, ia sangat memuaskan dari segi coverage! Dengan kepekatan yang ada, kerja korang akan lebih mudah,  cat lebih tahan lama dan buatkan dinding korang nampak lebih baru.

A1 Wet Skim ni juga bukan sahaja digunakan untuk membuat dinding yang baru, tetapi juga membantu melicinkan struktur dinding, membaiki rekahan, retakan dan sebagainya.

Sekiranya dinding korang mengalami rekahan kecil, berlubang ataupun menggelupas, korang tak payah nak runsing dan risau, guna je A1 Wet Skim ni! Ambil berus dan bubuh je dekat dinding korang yang rosak, dah settle! Mudah dan ringkas kan!

A1 Wet Skim mesra alam..

Yang paling penting, A1 Wet Skim ni mesra alam dan mempunyai fungsi antibakteria. Ini bermakna, ia juga membantu menyerap gas karbon dioksida, mengelakkan kekuningan pada dinding, dan semestinya tiada ransangan. So, keluarga korang akan hidup dalam keadaan sihat dan selesa.

Cara-cara menggunakan A1 Wet Skim yang betul

Korang pun boleh dapatkan  A1 Wet Skim ni dekat mana-mana kedai hardware di semenanjung MalaysiaKorang boleh follow Facebook Cao’s Malaysia ataupun layari official website Cao Industries untuk maklumat lebih lanjut.

Selamat mencuba!