berita

Dinobatkan Sebagai Best Buy Smartphone, HONOR 90 Terus Unggul Dengan Ciri-Ciri Hebat!

September 6th, 2023 | by Nurul
Editorial Support

Pengeluar peranti eletronik global terkenal, HONOR baru-baru ini mengumumkan bahawa peranti mereka HONOR 90 telah memenangi Best Buy Smartphone 2023-2024 daripada Expert Imaging and Sound Association (EISA).

Fuh, bukan senang tau nak dapat anugerah ni, jom kami kongsikan apa yang menarik tentang HONOR 90 ni sampai menang anugerah!

HONOR

Menurut Anugerah EISA, HONOR 90 melebihi jangkaan tentang apa yang sepatutnya ditawarkan oleh telefon pintar pada titik harganya. Ini antara 4 sebab-sebab utamanya:

1. Perlindungan mata dari cahaya skrin berlebihan 

Bila tengok skrin lama-lama, mata mesti akan terasa letih, tegang dan kabur. Mana taknya, cahaya dari skrin telefon yang terang tu memang boleh silau dibuatnya, lama-lama nanti boleh menyebabkan gangguan kepada penglihatan korang pulak.

Haa..dengan teknologi pemalapan PMW frekuensi ultra tinggi 3480Hz yang diperakui bebas Flicker TÜV Rheinland pada HONOR 90 ni, dapat mengurangkan ketegangan mata, keletihan dan penglihatan kabur yang disebabkan oleh paparan skrin. Jadi, kalau korang sayang dan nak lindungi mata korang, pastikan korang pilih HONOR 90 yang dilengkapi dengan Risk-Free Dimming Eye Protection ni okay!

2. Kamera super sensing 200MP dan kamera selfie super jelas 50MP

HONOR

Tak lengkap sebuah telefon pintar tanpa kameranya yang canggih, betul tak? Terkenal dengan kameranya yang terbaik, HONOR 90 dilengkapi dengan Kamera Super Sensing 200MP dengan sensor CMOS 1/1.4 inci dan teknologi piksel setara 16 dalam 1 yang mampu menangkap lebih banyak butiran dan menyekat sorotan dengan lebih baik dalam mod resolusi tinggi.

3. Bateri berkapasiti tinggi dan ciri HONOR SuperCharge

HONOR

Bila kamera dan canggih, mestilah asyik nak tangkap gambar dan rakam video. Tapi masalahnya bateri akan cepat drained. Nak tunggu charge penuh ambil masa pulak.

HONOR 90 didatangkan dengan bateri 5,000mAh dengan berat 183g dan berkenipisan 7.8mm, serta dilengkapi dengan ciri HONOR SuperCharge 66W yang mampu mengecas kepada 45% dalam masa 15 minit sahaja (bermula dari 3%).

4. Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 7 Gen1 Accelerated Edition 5G Processor

HONOR

Korang perasan tak bila main fon lama-lama atau rakam video, fon akan cepat panas?

Dengan HONOR 90 ni, fon korang tak akan overheat kerana ia didatangkan dengan sistem All-zone Cooling Drive yang mengguna pakai arteri biomimetic VC yang sangat besar dengan kepingan grafit kekonduksian terma tinggi Gen3 serta sistem pengurusan terma pintar AI berpemandangan penuh.

Lebih menarik, kelajuan processor CPU pada HONOR 90 ini adalah 2.5GHz, manakala prestasi GPU telah meningkat sebanyak 20% dan prestasi AI telah meningkat sebanyak 30% berbanding HONOR 70.

Best kan semua ciri-ciri yang ada pada HONOR 90 ni? Patutlah berjaya merangkul anugerah Best Buy Smartphone!

HONOR

Soal harga pula korang jangan risau kerana HONOR 90 5G hadir dengan harga yang kompetitif, bermula dari RM1799, korang boleh milikinya dengan storan 12GB+256GB,  12GB+ 512GB hanya untuk RM2099, sangat mesra bajet kan?

Jadi apa tunggu lagi? Jom dapatkan HONOR 90 hari ini juga!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR.

SKIP THIS AD ×