Sebelum ini, pelakon dan pengacara Janna Nick mendedahkan menghidap Bipolar Disorder dan masih dalam rawatan dengan mengambil ubat Antidepressant Medication (Escitalopram) dan Carbamazepine (CBZ).
Artikel Berkaitan: Janna Nick Dedah Pernah 2 Kali Cuba Bunuh Diri
Netizen sentiasa betul
Baru-baru ini, Janna, 26, meluahkan rasa kesal apabila isu sakit mental dipandang remeh dan dijadikan bahan gurauan. Katanya, tindakan itu sudah keterlaluan jadi dia mohon agar netizen menjaga kata-kata.
Meskipun dia seorang selebriti namun dia juga manusia yang mempunyai perasaan sama seperti orang lain.
Kenyataan sekarang jadi artis ja tak boleh cakap benda yang salah. Jadi netizen semua benda la boleh cakap. Kita ni tak payah ada perasaan. Yelah dah jadi public figure kan terima ja la apa kritikan orang.
Menerusi Instagram Stories, Janna berkongsi tangkap layar dari seorang keyboard warrior yang menggelarnya dengan gelaran ‘orang sakit mental’.
Penyakit mental tak semestinya gila
Tambah pelakon drama Melastik Ke Hatimu, tindakan dia berkongsi mengenai penyakit bipolar yang dihadapinya bukan semata untuk menarik perhatian orang ramai.
Aku bagitau public aku ni ada bipolar bukan sebab nak perhatian korang. Tapi sebab nak bagitau orang yang nampak happy dan gelak-gelak pun boleh ada penyakit mental. Bukan orang pakai baju compang camping ja mental dan penyakit mental tak semestinya gila.
Enggan membiarkan diri rasa tertekan, pemilik nama Nurul Jannah Munir memilih untuk bergembira serta mengabaikan komen-komen negatif daripada netizen.
Saya akan buat apa yang boleh buat saya happy. Hidup saya lagi penting daripada komen-komen negatif korang tu!
Sumber: Instagram @jannanick