berita

Dipercayai Dirogol Oleh Sepupu Sebanyak 3 Kali, Ibu Terkejut Anak Gadis Usia 13 Tahun Lahirkan Bayi

June 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Kota Belud, Sabah, seorang wanita terkejut apabila anak gadisnya yang baru berusia 13 tahun melahirkan seorang bayi. Wanita tersebut menyedari hal berkenaan selepas tersedar daripada tidur kira-kira pukul 3 pagi.

Dipercayai dirogol oleh sepupu

Menerusi laporan Sinar Harian, remaja tersebut dipercayai sedang membersihkan seorang bayi perempuan ketika ibunya sedang tidur. Namun begitu, rahsia yang disimpan selama ini telah ‘kantoi’ apabila si ibu ternampak insiden berkenaan di depan mata. Susulan daripada itu, wanita tersebut segera membawa anak dan bayi berkenaan ke Hospital Kota Belud bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya.

Hasil siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai dirogol oleh sepupunya sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu. Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam, untuk siasatan selanjutnya. Setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol oleh seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang merupakan sepupunya. Tambah beliau, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×