berita

Dipercayai Diserang Lebih 2 Suspek, Lelaki Maut Ditembak 12 Das Di Kondominium Mewah

February 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Perai, Pulau Pinang seorang lelaki berusia 31 tahun dijumpai maut di kawasan parkir kereta sebuah kondominium mewah dengan 12 das kesan tembakan. Insiden tersebut dikatakan berlaku semalam pada jam 8.45 malam.

Dijumpai maut dengan 12 das kesan tembakan

Foto: Penang Kini

Ujar Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Shuhaily Mohd Zain menerusi laporan Malaysia Gazette pihaknya telah menerima satu panggilan pada jam 9.30 malam lalu bergegas ke lokasi kejadian.

Hasil siasatan mendapati mangsa diserang lebih dua suspek bersenjatakan pistol.

Setibanya di tempat kejadian, pihak polis menjumpai mangsa dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tingkat tiga parkir kondominium tersebut.

Buat masa ini kita tidak boleh beritahu berapa das tembakan terkena mangsa namun pemeriksaan pihak forensik di lokasi menemui 12 kelongsong peluru.

Dipercayai bermotifkan dendam

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut, pihak polis tidak menolak insiden ini berlaku disebabkan dendam berikutan mangsa mempunyai pelbagai rekod jenayah serta dikehendaki.

Semakan juga mendapati mangsa menyewa di kondominium mewah ini sejak lima bulan lalu.

Sumber: Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×