Di Riyadh, Arab Saudi, sebuah kedai dalam talian telah mencetuskan kontroversi kerana menjual tisu yang ditandatangani penyanyi terkenal negara tersebut iaitu Mohammad Abdu.
Tisu paling mahal
Menerusi laporan Gulf News, tisu tersebut dijual pada harga 30,000 riyal bersamaan RM35,706. Kedai yang dikenali dengan nama Alberwaaz itu menawarkan empat kali kaedah pembayaran kepada pembeli. Oleh itu. pembeli boleh membayar 7,500 riyal (RM8,926) setiap bulan. Bagaimanapun, warganet mengecam tindakan keterlaluan kedai tersebut.
Saya tidak akan membeli walaupun ia mempunyai kuasa ajaib yang boleh menghapuskan semua kesedihan saya. Adakah suara saya akan menjadi seperti dia jika saya membelinya? Saya tidak akan membelinya walaupun ia ditawarkan dengan harga setengah riyal.
Menurut seorang pengguna Twitter, dia tidak akan membelinya walau apa cara sekalipun, walaupun tisu tersebut boleh dikatakan memadam dosanya. Buat pengetahuan umum, Mohammad Abdu merupakan salah satu nama terulung dalam muzik Arab sejak 1961. Lagu-lagunya dihargai oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia Arab. Kerjayanya bermula pada usia muda apabila Mohammad berlatih bermain muzik dan menyanyikan lagu tradisional Arab.
Sumber: Gulf News