berita

Dipercayai Mogok, Campak Barang Pelanggan, Pekerja J&T Mohon Maaf

February 8th, 2021 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, viral di media sosial memaparkan beberapa orang pekerja J&T Express dipercayai mogok sambil membaling barangan pelanggan. Difahamkan insiden tersebut berlaku disebabkan pekerja kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca mereka bertindak mogok dan tidak berpuas hati.

Terbaru, pihak J&T dan beberapa pekerja berkenaan tampil memohon maaf atas insiden yang berlaku, tempoh hari.

Penjelasan J&T Express

J&T Express menerusi posting di laman Facebook J&T Express Malaysia – Perak menjelaskan situasi berhubung pembayaran bonus kepada pekerja yang didakwa mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan mereka.

Sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan.

Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama tempoh satu tahun dan bonus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun.

Tidak akan memotong atau berhutang gaji

J&T turut memaklumkan disebabkan masalah itu ada segelintir pekerja yang kurang jelas berhubung sistem pengagihan bonus, sekali gus menyebabkan pengagihan bungkusan secara kasar dan merakam video untuk disebarkan di sosial media.

Pada 5 Februari lalu, pekerja kembali menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun dan memproses bungkusan pelanggan. Kami ingin menjelaskan, J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja dan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat.

Dalam tempoh itu, syarikat mengupah lebih ramai pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada mereka.

Ini adalah kesalahan dalam pengurusan dan kami juga sudah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan baharu, khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa serta menyelesaikan bungkusan yang hilang dengan cepat.

Tampil mohon maaf

https://www.facebook.com/jtexpressprk/posts/3048378985264510

Terbaru, tujuh pekerja J&T Express cawangan Perak terbabit tampil memohon maaf dengan memuat naik video di laman Facebook berdurasi 57 saat itu.

Kami ingin memohon maaf dan kami ingin menjelaskan bahawa tiada isu dalaman ataupun potongan gaji antara pihak syarikat dan pekerja J&T Express Perak.

Kami menjelaskan bahawa kami tiada melakukan tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia. Kami sedaya upaya akan memproses dan menghantar barang pelanggan secepat mungkin.

Sumber: J&T Express Perak

SKIP THIS AD ×