berita

Dipercayai Sebut Unsur ‘Rogol’ Dalam Kelas, Polis Sudah Ambil Keterangan Guru & Pelajar

April 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral isu mengenai seorang guru subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sebuah sekolah menengah di Selangor, yang dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur lucah ketika mengajar.

Polis ambil keterangan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar telah mengambil keterangan daripada guru lelaki berusia 41 tahun itu berhubung kes tersebut.

Selain guru terbabit, kami juga sudah mengambil keterangan pengadu iaitu seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, semalam. Beberapa saksi lain juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat.

Ujar Shafa’aton lagi, siasatan lanjut sedang dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada hari Sabtu yang lalu.

Menyebut elemen rogol

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut, pengadu telah membuat laporan polis selepas guru berkenaan ada menyebut mengenai elemen rogol di dalam kelas yang mendatangkan kegusaran serta tidak senang hati terhadapnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan.

Terdahulu juga, satu video di aplikasi Tik Tok berdurasi 0:59 saat menunjukkan seorang pelajar perempuan memaklumkan seorang guru lelaki subjek PJK yang bergurau mengenai elemen rogol telah viral di media sosial.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×