berita

Diperkosa Pak Saudara Sebanyak 7 Kali, Budak 6 Tahun Hidap Sakit Tibi Maut

October 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas disyaki memperkosa anak saudaranya sehingga mangsa meninggal dunia.

Perkosa anak saudara sampai maut

Memetik laporan Tribunnews, suspek iaitu Ari Yulianto, 22, melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya yang sedang sakit Tuberculosis (TB/tibi) di rumah yang didiami mereka.

Lebih kejam apabila mengetahui suspek tergamak memperkosa mangsa yang berusia enam tahun itu sebanyak tujuh kali sejak Ogos hingga 14 Oktober lalu iaitu tiga hari sebelum mangsa meninggal dunia.

Mangsa yang tidak sedarkan diri ditinggalkan sendirian oleh suspek. Ibu bapa mangsa yang menyedari keadaan itu bergegas membawa anak mereka ke hospital namun disahkan meninggal dunia. Difahamkan, mangsa dikatakan masih bernyawa ketika dia dikejarkan ke hospital.

Walau bagaimanapun, polis percaya bahawa kematian mangsa tidak mempunyai hubungan dengan perbuatan suspek sebaliknya mangsa meninggal dunia adalah disebabkan penyakit yang dihidapinya. Siasatan lanjut berhubung isu ini masih dijalankan.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×