berita

Dipermudahkan Urusan Ketika Bersalin, Wanita Ini Kongsi Tips Buat Bakal Ibu Di Luar Sana

May 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Melahirkan seorang zuriat ke dunia bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dilalui seorang ibu semata-mata untuk memastikan anak dilahirkan sihat. Ada yang bernasib baik dapat melahirkan anak secara normal, ada pula yang terpaksa melalui proses pembedahan.

Namun, apa yang paling penting ibu-ibu perlu menjaga kesihatan diri serta berpantang dengan betul. Menerusi perkongsian Syamira Osman, wanita ini berkongsi tips dan pengalamannya yang mudah ketika bersalin. Alhamdulillah!

Pakai kain sarong

Masa mengandungkan Hayla dah masuk 5 bulan macam tu, nenek Hayla (wan) suruh mummy pakai kain atau seluar atas perut. Kalau seluar tu susah la. Pakai kain sarong jugak yg senang pakai mesti atas perut. Sampai la nak beranak pun pakai macam tu . Katanya untuk bagi anak turun elok dan duduk pada kedudukan nya .

Tips lagi yang dia bagi tiap kali mandi hisap air hujung rambut tu. Ni nak bagi senang beranak. Tapi tak mampu nak buat sebab terpotong rambut jadi pendek.

Minum air selusuh

Masa 7 bulan, mummy dah start minum air selusuh yang wan ambilkan dengan ustaz . Ni air selusuh minum setiap hari. Yang ni bukan air selusuh yang bila jalan dah buka baru kena minum. Sambil-sambil tu mummy amalkan makan kapsul minyak kelapa dara. Kapsul tu juga mummy cucuk dengan jarum ambil minyak dia dan buat urutan perineum kat laluan bersalin tu . Ni tujuan untuk lembutkan kawasan tu dan kurangkan risiko berkoyak .

Telur mentah

Bila 36weeks tu mummy tiba-tiba rasa perut mengeras lain macam. Rasa tak selesa tapi tak sakit. Pagi pukul 8 mummy pergi hospital nak check, tengok-tengok dah buka 2cm. So kena la tahan wad sebab 36weeks jalan dah buka. Duduk la mummy di dalam wad tapi tak sakit .

Petang tu wan Hayla datang bawa kan milo panas campur dengan manjerin dan telur ayam kg 2biji mentah2 suruh mummy habiskan semua tu. Ni nak bagi ada tenaga dan cepat jalan buka. Sambil-sambil tu mummy buat jalan itik pusing katil. Tiba-tiba lepas pada tu keluar darah. So nurse kata tu tanda nak bersalin dah tu. Tapi tak sakit lagi juga. Tunggu la dulu.

Tak ada koyakkan

Lepas maghrib tiba-tiba rasa tak sedap perut. Rasa contraction. Lepas isyak makin kuat. Pukul 11 pm macam tu check jalan 9cm. So mummy di suruh ambil barang-barang baby sebab dah nak masuk labour room. Mummy masih boleh berjalan ke labour room. Tak sempat naik wheelchair.

Masuk labour room nurse pecah kan air ketuban dan check jantung baby. Elok saja siap check tu terus umy teran tak tahan, keluar la Hayla sekali teran. Alhamdullilah tak ada koyakkan apa-apa. Baby pun sihat hendaknya. Dalam 15 minit mummy duduk labour room .

Berbaloi jugak mummy amal segala tips-tips tu. Tak cuba tak tahu kan. Mungkin rasa macam leceh dan mengarut tapi yang penting semua dengan izin Allah.

Sumber: Syamira Osman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×