
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi. menjelaskan sebab masih terus menyertai misi kemanusiaan ke Gaza walaupun pernah berdepan risiko yang mengancam nyawa sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Beri Nota Pada Hazwani Helmi – ‘Saya Ucap Happy Birthday & Wish Dia Sebelum Ke GSF’
Artikel Berkaitan: PU Rahmat, Imam Asyraf & PU Amin Bakal Berangkat Ke Rafah – ‘30 Kontena Bantuan, Semoga Sampai Ke Perut Anak Gaza’
View on Threads
Heliza menegaskan risiko adalah sebahagian daripada kehidupan sebagai manusia terutama dalam misi kemanusiaan di kawasan bergolak seperti Gaza.
Kata Heliza, meskipun pernah berdepan detik mencemaskan yang mengancam nyawa, pengalaman itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus membantu mereka yang memerlukan.
Kalau Allah letakkan kita di mana-mana tetap ada risiko sebagai manusia.
Akhirnya kita akan tetap kembali, itu pasti. Maka, buat lah pilihan berbakti sebelum kembali.
Heliza berkata demikian selepas suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mempersoalkan keputusannya untuk menyertai semula misi tersebut walaupun sudah mengetahui risikonya.
Sebelum ini, Heliza berkongsi dia bersama pasukan misi kemanusiaan pernah berdepan pengalaman kurang senang ketika berada dalam tahanan tahun lalu.
Menurut perkongsian Heliza, mereka didakwa tidak diberikan keperluan asas seperti air dan ubat-ubatan sepanjang berada di penjara.
Heliza berkata selepas dibebaskan, mereka tiba-tiba diberi air mineral dan roti, seolah-olah dirancang untuk merakam naratif bahawa mereka menerima layanan baik.
Sumber: Threads








