berita

‘Dipijak, Dilempar, Ditampar..’ – Bayi 20 Bulan Meninggal Dunia Akibat Didera Kawan Ibu

September 22nd, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Hati ibu mana tak sedih apabila kawan baik sendiri yang sepatutnya melindungi anaknya melakukan sebaliknya. Tambah memilukan apabila anak itu disahkan meninggal dunia kerana dipercayai didera kejam oleh mereka. Kejadian yang berlaku di Taman Hatib, Semporna menimbulkan kemarahan orang ramai. Memang kejam! Tidak prikemanusian!

Dipijak, dilempar ke tilam

Bayi lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada 6.45 petang akibat ditampar, dipijak dan dilempar ke tilam sehingga terkena pada besi katil. Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat sebelum empat remaja perempuan warga asing berusia antara 16 hingga 19 tahun itu ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat, hasil pemeriksaan mendapati ada kesan lebam pada bahagian pipi kanan bayi terbabit sejurus ibu bayi membawa anaknya yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Unit Kecemasan Hospital Semporna.

Suspek memijak belakang bayi

Menurut saksi kejadian, dua suspek bertindak menampar, melempar bayi itu ke tilam, kemudian menariknya semula sehingga muka bayi itu terkena pada besi katil manakala seorang lagi suspek memijak belakang bayi terbabit.

Apabila ibu bayi itu balik ke tempat kejadian, dia mendapati bayinya dalam keadaan lemah dan pucat serta tidak bernafas sebelum membawanya ke hospital untuk dirawat.

Tambah beliau, keadaan bayi semakin kritikal walaupun bantuan pernafasan kecemasan (CPR) diberikan. Bayi disahkan meninggal dunia selepas tiada perubahan positif.

Lebam bahagian pipi dan betis

Hasil penelitian terdapat kesan lebam di bahagian pipi kanan dan betis kiri bayinya.

Menurut Sabarudin, siasatan mendapati bayi itu ditinggalkan di rumah bersama empat rakan wanita itu yang menumpang tinggal bersama mereka di rumah berkenaan. Kesemua suspek ditahan pada 9.30 malam hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×