
Pasangan doktor selebriti, Dr. Say Shazril dan Dr. Azura Abas meraih pujian ramai apabila kelihatan kekal cantik dan bertenaga meski usia sudah menjangkau lewat 30-an.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Komitmen Bulanan Cecah RM35k, Dr Say Dedah Beban Kewangan Sebenar Di Sebalik Gaya Hidup
Artikel Berkaitan: Penampilan Dr Say & Isteri Di Hyrox Jadi Perhatian, Netizen Tegur Soal Aurat
Kongsi tip jaga badan
Menerusi TikTok, pasangan pempengaruh ini tampil berkongsi tip penjagaan diri yang diamalkan mereka berdua.
Ujar Dr. Say dan isterinya, antara amalan yang dilakukan mereka adalah dengan menjaga pemakanan serta menjaga waktu tidur.
Apa yang kami amalkan ialah pemakanan yang sihat dan seimbang. Dalam makanan kami wajib ada sayur atau sekurang-kurangnya separuh ‘portion’ ada sayur.
Yang kedua ialah bersenam kerana bersenam memang akan melambatkan penuaan.
Dan yang ketiga ialah tak boleh stres. Jadi, korang kena kurangkan stres.
Selain kesemua itu kami juga mengamalkan pengambilan ‘supplement’ dan juga menjaga tidur. Tujuh jam tidur yang berkualiti itu wajib.
Di akhir perkongsian, Dr. Say dan Dr. Azura menitipkan pesan kepada orang ramai untuk sentiasa berusaha melatih diri melawan rasa malas demi mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.
Tahun ini saya berusia 37 tahun dan Doktor Azura berusia 36 tahun.
Betul, kami dah tua cuma bila sebut umur dan beritahu kami dah beranak tiga ramai yang tak percaya.
Apa yang penting kita kena belajar merdekakan diri kita dari rasa malas supaya kita boleh jaga diri dan sihat untuk keluarga.
Video
Sumber: TikTok Dr. Say








