berita

Dipukul, Ditendang, Ditumbuk & Diugut Bunuh, Mak Wan Latah Buat Laporan Polis – ‘Dah Lama Saya Diamkan’

June 29th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon veteran Mak Wan Latah membuat keputusan untuk membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang juga merupakan kenalan rapatnya kerana sudah tidak mampu menahan sabar dan ingin mempertahankan maruahnya daripada terus diinjak.

Artikel berkaitan : Bekas Pembantu Peribadi Dedah Perangai Sebenar, Mak Wan Latah Anggap Fitnah Akhir Zaman – ‘Otak Dia Tak Betul.. Biarkan’

Terpaksa buat laporan polis

Menurut pemilik nama sebenar Halimatussa’diah Mohd Daud, laporan terbabit terpaksa dibuat kerana wanita tersebut pernah memukul, menendang serta mengugut mahu membunuhnya.

Sudah lama saya diamkan. Kelakuan kasarnya terhadap saya baharu saja saya laporkan kepada polis. Banyak kali dia buat. Pukul, tendang, tumbuk dan baling kepala saya dengan botol Coke yang masih penuh air.

Perbuatan itu dia lakukan dalam tahun ini. Saya takut nak melawan atau mengadu kepada orang lain, tambahan pula telefon (bimbit) saya dia pegang.

Ujarnya lagi, sebelum bergerak ke Genting Highlands untuk menjalani penggambaran, dia dipukul dan kali terakhir individu terbabit memukulnya adalah di depan ramai saksi termasuklah di hadapan ibu wanita itu. Walau bagaimanapun, segala bukti terbabit sudah disertakan dalam laporan polis.

Apabila ditanya mengenai video di mana pelakon itu seperti membaca mentera seperti yang dikongsikan di media sosial, Mak Wan menafikan tuduhan terbabit dan menegaskan bahawa ia adalah rakaman lama ketika dia sedang berlatih untuk sebuah drama.

Pernah guna nama Mak Wan untuk berhutang

Dalam pada itu, pelakon berusia 61 tahun ini turut menyifatkan wanita berkenaan berdepan dengan masalah mental serta sengaja mendedahkan video itu kepada umum.

Video yang kononnya saya baca mentera itu pun dia yang rakam sendiri, bukan ambil curi-curi pun. Saya yang bodoh sebab mengikut saja. Sekarang dia fitnah saya buat kerja syirik gunakan video berkenaan.

Drama berjudul Pelaris itu pun sudah lama dan sudah disiarkan. Kalau dia terus nak bercakap pasal itu, biarkanlah. Benda tak betul, dia pun tahu.

Tambahnya, dia turut mendakwa wanita berkenaan menggunakan namanya untuk berhutang membeli almari dan katil.

Saya pun sedang kumpul bukti dan akan buat laporan polis pasal fitnah pula. Doakan saya terus kuat.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×