Disebalik foto bahagia pasangan ini, siapa sangka sebenarnya ada kisah duka yang tidak mampu dilalui oleh para isteri. Bayangkan selama dua tahun perkahwinan, wanita ini didera teruk dari segi tubuh dan emosi oleh suaminya sendiri. Menurutnya, suami sering memberi kejutan dan hadiah namun tidak lari dari memukul dan mengugutnya. Memang mental betul suami ini!
Dia cekik saya sehingga pengsan
Saya percaya dia memang berhak buat apa sahaja ke atas saya atas kesilapan saya masa lalu. Tetapi saya tidak rasa manusia layak dilayan buruk hanya kerana kesalahan masa lalu mereka. Anda tidak keseorangan. Anda tidak bodoh. Kamu sangat berani. Anda layak menjalani kehidupan yang lebih baik. Jangan percaya sebaliknya.
Otak anda telah dimanipulasi untuk mempercayai segalanya berpunca dari anda. Anda cuba untuk sedaya upaya mencintai walaupun sebenarnya anda cuba bertahan hidup dalam ‘neraka’.
Menurut wanita ini, dia berkongsi masalah rumah tangganya selepas dua tahun didera teruk oleh suaminya sendiri. Walaupun dia tahu dia dalam keadaan bahaya, namun dia berharap agar perkongsian ini dapat membuka mata wanita yang mengalami nasib sepertinya.
Heret ke halaman sampai luka
Keluar sahaja dari zon merah ini. Jangan tunggu lama sehingga buat anda lagi takut untuk keluar dari kesengsaraan ini. Tolong dengar nasihat orang yang mengambil berat mengenai anda. Suatu hari nanti mereka tidak lagi bersama kita selepas mereka sudah letih menasihati kita.
Apabila anda tidak dapat mengunjungi keluarga anda, tidak boleh pergi ke kedai sendiri, tidak boleh bergaul dengan rakan, tidak dapat menggunakan media sosial, tidak boleh dipercayai di tempat kerja, ada masalah. Anda dituduh macam macam ketika semua yang anda lakukan adalah hanya pergi bekerja dan pulang ke rumah. Anda akhirnya mula mempercayai setiap kebohongan dan taktik kecil yang dia gunakan terhadap anda.
Dia turut menyeru kepada wanita yang dikonkong teruk agar lari dalam zon merah ini kerana perkara ini akhirnya akan memakan diri sendiri. Dari situ dia mula rasa bersalah dan setiap masa akan persoalkan perbuatan yang dilakukann adalah salah meskipun dia tidak berbuat apa-apa.
Dihalau keluar terpaksa tumpang rumah jiran
Orang ramai tertanya-tanya dan tidak faham kenapa saya tetap kembali kepada suami saya selepas didera teruk. Betapa susahnya untuk saya melepaskan seseorang yang saya cintai walaupun berapa banyak dia menyakiti tubuh saya. Sangat sukar untuk saya terima kenyataan bahawa orang yang saya sayang tidak akan berubah walaupun pelbagai usaha telah saya lakukan.
Keluarga, rakan, dan rakan sekerja telah menangis di hadapan saya memohon agar saya tidak balik ke rumah kerana bimbang keselamatan saya. Namun saya kembali walau seribu kalinya. Ini adalah kali terakhir saya memberitahu mereka bahawa saya bersumpah tidak akan balik tetapi ianya tidak pernah berlaku sehingga sekarang.
Tambahnya lagi, walaupun sudah diberi nasihat oleh keluarga dan rakan namun dia tetap kembali ke pangkuan suaminya dengan harapan dia akan berubah. Sehingga kini dia masih di didera bersama harapan yang tidak pernah wujud kerana terlalu sayangkan suaminya.
Diugut bunuh
Saya telah mencintainya sejak saya berumur 16 tahun. Dia tidak pernah dan tidak akan pernah mencintai saya. Itu semua pembohongan dan manipulasi. Cinta mesti mudah. Sudah tentu ada masa yang baik. Saya tidak akan berbohong dan mengatakan bahawa saya tidak pernah mempunyai masa terbaik dengannya, kerana saya rasa begitu.
Tetapi pengorbanan ini tidak berbaloi apabila suatu hari nanti keluarga dan rakan anda akan menghadiri majlis pengebumian anda kerana anda hanya ingin memberinya satu peluang lagi. Satu lagi cubaan untuk berubah. Sekeping harapan lagi. Jangan jatuh ke dalam perangkap. Keluar selagi anda masih boleh dan bebas.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada seorang gadis yang berkongsi kisahnya sehingga dia mempunyai keberanian meluah seperti ini. Dan inilah kebenaran disebalik foto-foto kebahagiannya.
Akhirnya polis sampai
Tidak tahan 2 tahun didera teruk oleh suami yang mempunyai masalah mental, akhirnya wanita ini berani memanggil pihak polis selepas dia dilemaskan di kolam dan diugut untuk memecah kepalanya ketika mereka sedang bercuti.
Sumber : Tori