berita

Dirogol Lelaki Belakang Rumah Sampai Hamil, Remaja 15 Tahun Terkejut Tengok Janin Dalam Mangkuk Tandas

May 23rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki merogol seorang remaja berusia 15 tahun sehingga menyebabkan mangsa hamil dan keguguran telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Dirogol lelaki belakang rumah

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow, penahanan tersebut berlaku selepas ibu mangsa tampil membuat laporan polis susulan anak gadisnya yang mengalami keguguran di dalam tandas kediaman mereka.

Pengadu lihat ada janin dalam mangkuk tandas dan kemudian mengambil janin itu serta hantar anaknya bersama janin ke hospital untuk rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Hasil bedah siasat mendapati usia janin lebih kurang 28 minggu dan tiada kecederaan seperti tekanan, paksaan dan kecederaan luaran pada janin berkenaan

Mangsa beritahu dirogol oleh seorang lelaki warga tempatan yang dikenali di belakang rumah mangsa.

Susulan daripada itu, suspek yang berusia 18 tahun telah ditahan dan didakwa Mahkamah Sesyen Johor Bahru mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×