berita

Disahkan Positif Covid-19 Selepas 18 Hari Di Sabah, Petugas Barisan Hadapan Ini Pernah Dikritik ‘Bodoh’

October 19th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Petugas barisan hadapan memerangi wabak Covid-19 bukan sahaja berkorban tenaga dan masa, malah terpaksa berpisah dengan keluarga. Apa yang dilakukan mereka ini semata-mata kerana rasa tanggungajawab terhadap masyarakat.

Seperti kisah yang dikongsi Puan Siti Nurjannah Abu Bakar, beliau dikecam bodoh kerana sanggup meninggalkan anak-anak untuk berkhidmat di Sabah. Lebih menyedihkan apabila ada yang mengkritik beliau mengejar elaun yang banyak.

Memang ada mulut ‘mengata’

Meninggalkan anak-anak dan suami untuk berbakti kepada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah. Mana mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untuk berseronok. Ya, memang ada mulut-mulut mengatakan aku BODOH sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai RED ZONE. Ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang aku sendiri tak paham maksudnya. Tapi aku tak kisah. Bagi aku, tujuan aku pergi semata-mata kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan-rakan seperjuanganku yang lain. Selain aku dapat menimba pengalaman di tempat orang. Ye la nak jadi askar, pegang senapang aku tak layak. Jadi ini saja la bakti aku pada negara, melawan musuh yang tak nampak di mata.

Positif Covid-19 selepas 18 hari di Sabah

Membaca mesej yang diberikan oleh cikgu pra pada aku, membuatkan aku menangis. Sungguh hati seorang ibu sangat mudah tersentuh bila berkaitan anak-anak. Dan hari ini, setelah 18 hari aku di bumi Sabah aku disahkan positif Covid-19. Benda yang aku paling tak jangka, yang aku tak pernah mimpi, yang aku takuti, terjadi jua. Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi selepas dapat keputusan yang paling aku tak jangka. Namun menyesal tidak sekali. Aku tau perancangan Allah lebih baik. Allah sayang aku dan keluarga aku sebab tu macam-macam Allah uji aku. Aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat jumpa semula keluarga aku. Terima kasih kepada keluarga, rakan, orang-orang atasan yang call dan whatsapp kata-kata semangat pada aku. Sungguh sangat bererti doa kalian pada aku. Dan sesungguhnya ujian yg paling tidak tertanggung adalah RINDU.

AKU SEORANG FRONTLINER
Doakan aku bebas dari Covid

Sumber: Siti Nurjannah Abu Bakar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×