berita

Disangka Meninggal Dunia, ‘Mayat’ Bangun Beberapa Minit Sebelum Dibakar

May 17th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita berusia 76 tahun dipercayai telah meninggal dunia akibat COVID-19 secara tiba-tiba sedar beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayatnya dilakukan di Baramati, India.

Tiba-tiba menangis dan buka mata

Sekadar gambar hiasan

Keluarga wanita berkenaan dikatakan sedang menyiapkan upacara pembakaran mayatnya dan tiba-tiba wanita berkenaan mula menangis dan membuka matanya. Wanita itu dikenali sebagai Shakuntala Gaikwad telah dijangkit COVID-19 beberapa hari yang lalu.

Dia dikatakan telah diasingkan di rumah namun keadaan bertambah buruk kerana usia tua dan keluarganya memutuskan untuk memindahkan wanita berkenaan ke sebuah hospital yang terletak di Baramati.

Pada 10 Mei lalu, wanita tersebut telah dibawa ke Baramati dengan menggunakan kenderaan peribadi dan pihak keluarganya berusaha mendapatkan tempat di hospital namun tidak berjaya. Ketika mereka menunggu di dalam kereta, wanita itu dikatakan tidak sedarkan diri dan berhenti bergerak.

Dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut

Akibat daripada itu, keluarganya telah menganggap bahawa dirinya telah meninggal dunia dah memberitahu kepada saudara-mara mereka untuk melakukan upacara pembakaran mayatnya.

Ketika saudara-maranya sedang meratapi kehilangan wanita berkenaan, wanita itu secara tiba-tiba mula menangis dan kemudian membuka matanya. Seluruh ahli keluarganya terkejut dan telah membawa wanita tersebut ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber : India Today 

SKIP THIS AD ×