
Pelakon senior Namron, berpandangan isu buli dan pergaduhan di sekolah bukanlah perkara baharu yang muncul disebabkan pengaruh drama atau filem.
Artikel Berkaitan: ‘Que Haidar Tolong Jangan Menghilang Lagi, Terus Berdiri & Lawan’ – Namron
Artikel Berkaitan: ‘Namron Memang Suami Saya, Dah 22 Tahun Kami Bersama’ – June Lojong
Pandangan Namron
Menerusi perkongsian di Threads, Namron berkata, pengalaman ketika bersekolah sekitar era 1970-an hingga 1980-an juga menyaksikan kewujudan kes buli, biarpun ketika itu belum banyak karya hiburan yang mengetengahkan kisah sedemikian.
Masa saya bersekolah di tahun 70-an – 80-an dulu pun banyak kes buli tapi belum ada lagi drama dan filem buli-buli dan gaduh-gaduh di sekolah.
Menurut pemilik nama, Shahili Abdan, 57, kewujudan drama atau filem yang mengetengahkan isu buli sebenarnya berlaku selepas kes-kes seumpama itu sudah wujud dalam kehidupan masyarakat.
Disebabkan berlakunya kes-kes gaduh dan buli di sekolah, pembikin drama dan filem buat kisah begini. Bukan sebaliknya.
Tambah Namron, situasi berkenaan menunjukkan bahawa karya seni sering mengambil inspirasi daripada realiti kehidupan yang berlaku di sekeliling masyarakat.
Sumber: Threads