berita

‘Disebabkan Orang Lain, Kami Yang Tanggung Derita’ – Kisah Pasangan Kembar Terpisah 20 Tahun

June 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral sebuah kisah pasangan adik-beradik kembar yang telah terpisah hampir 20 tahun disebabkan kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bahru, Kelantan. Perkara itu diketahui selepas Adryani Iwani Ibeni Yanin, pasangan ‘kembar’ kepada Adryana Iwani serta kembar sebenar Noratirah Husin selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September 2019.

Artikel berkaitan: ‘Kisah Puteri Yang Tertukar’ – Pasangan Kembar Baru Tahu Mereka Tertukar 20 Tahun Lalu

Terbaharu, menerusi laporan Sinar Harian, ‘ayah’ kepada Noratirah Husin iaitu Husin Omar meninggal dunia akibat sakit jantung pada November tahun lalu setelah mengetahui ujian DNA yang mengesahkan Noratirah bukan anak kandungnya.

Arwah banyak berubah, lebih berdiam

Ardyana Iwani (kiri), Ardyani Iwani Ibeni Yanin (tengah), Noratirah Husin (kanan)

Ujian yang terpaksa dihadapi Norathirah dan keluarga sangat berat lebih-lebih lagi apabila ‘ayahnya’ itu mengalami kesedihan sejak mengetahui berita tersebut, ditambah pula dengan ‘ibunya’ iaitu Rahimah Isa meninggal dunia pada tahun 2018 akibat kencing manis.

Saya sudah boleh menduga keputusan DNA itu kerana Adryani Iwani mempunyai banyak persamaan dengan saya. Sebaik ayah mengetahui tentang perkara itu, arwah mula berubah dan lebih banyak berdiam diri serta sering kali termenung.

Pada sekitar September tahun lepas ketika di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada mama (ibu kandung Siti Aminah) yang memaklumkan hal keputusan DNA. Jadi saya buka pembesar suara telefon supaya adik-beradik lain dan arwah ayah (Husin) pun dapat dengar apa yang mama ingin sampaikan.

Tambahnya lagi, selepas dimaklumkan mengenai keputusan DNA itu ‘ayahnya’ terus menangis kerana tidak dapat berjumpa dengan bapa kandung kepada kepada Noratirah iaitu Ibeni Yanin Mohd Salleh yang telah meninggal dunia pada tahun 2009. Begitu juga dengan Adryana Iwani yang tidak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya, Rahimah Isa.

Sukar untuk percaya

Sumber foto: BERNAMA

Sementara itu, ibu kepada Ardyana Iwani iaitu Siti Aminah hanya terduduk dan menangis apabila mengetahui Ardyana Iwani yang dibesarkan selama ini bukan anak kembarnya.

Selepas terima keputusan, mama terkejut dan panggil saya berjumpa di bilik untuk mengelakkan Adryana Iwani tahu. Mama bagi tahu, betullah Ana bukan anak mama dalam keadaan menangis. Beliau enggan percaya dengan perkara itu kerana terlalu menyayanginya.

Ketika itu, saya hanya mampu memujuk mama kerana risau Ana mendengarnya dan mama meminta saya supaya merahsiakan perkara itu daripadanya kerana tidak mahu dia berkecil hati.

Tak sempat nak mengenali ayah

Sumber foto: BERNAMA

Ardyana Iwani turut meluahkan rasa sedih dengan insiden ini kerana dia sempat mengenali ayah kandungnya iaitu Husin Omar dua bulan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Sudah pasti saya sedih, tahu-tahu kita ada keluarga lain selepas 19 tahun terpisah, lagi sedih saya tak pernah jumpa dan mendapat kebahagian daripada ibu kandung sendiri. Disebabkan salah orang lain, kami yang menanggung derita.

Pada kali pertama berjumpa, perasaan saya itu bercampur baur, seronok pun ada dapat jumpa ayah kandung, tapi sedih pun ada sebab takut dia tidak boleh terima baik buruk saya kerana selama ini Noratirah antara anak kesayangannya. Tapi saya bersyukur kerana adik-beradik lain layan saya macam adik sendiri dan keluarga pun semakin bertambah besar.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×