berita

Disebalik Populariti & Gelak Ketawa, Yoo Jae Suk Dedah Realiti Sebenar Bergelar Artis Terkenal

February 19th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan pengacara terkenal di Korea Selatan iaitu Yoo Jae Suk ini. Dia juga merupakan salah seorang peserta rancangan Running Man mempunyai peminat yang ramai. Tampil dengan personaliti yang sporting dan spontan membuatkan ramai memintai selebriti berusia 50 tahun ini.

Namun, disebalik kehidupan peribadinya tidak ramai yang mengetahui dia juga menyembunyikan kisah sedih bergelar seorang artis di Korea Selatan.

Khuatir dikerumuni peminat

Memetik perkongsian melalui portal Soompi, Yoo Jae Suk mendedahkan gelaran dan populariti yang diraihnya memerlukan pengorbanan. Dia mengakui kurang memberi kasih sayang dan melayani anak lelakinya itu seperti kanak-kanak yang lain. Dia juga tidak dapat membawa dan meluangkan masa bersama anaknya di taman tema kerana gelaran selebriti menyebabkan dia khuatir dikerumuni peminat yang mengenalinya.

Jae Suk juga pernah memberitahu kepada anaknya yang dia tidak boleh sesuka hati ke tempat awam seperti ke taman tema kerana atas faktor keselamatan memandangkan dia mempunyai peminat yang sangat ramai.

Dahulunya seorang perokok tegar

Menurut sumber, dahulunya Jae Suk seorang perokok tegar dan rata-rata peminat beranggapan selebriti itu menghisap rokok bagi mengurangkan tekanan yang dialaminya. Namun, dia perlahan-lahan berhenti menghisap rokok atas komitmen yang disertainya dalam beberapa rancangan hiburan seperti Running Man dan Infinite Challenge. Dia perlu menjaga kesihatan dan stamina memandangkan ramai artis muda yang diundang ke variety show itu.

Yoo Jae Suk dianggap lebih mementingkan karier berbanding kehidupan peribadinya sehingga dia terpaksa mengorbankan beberapa kesenangan termasuk keluarga.

Jea Suk memulakan kariernya pada tahun 1991 sebagai seorang pelawak di syarikat KBS. Selepas lebih kurang sembilan tahun, barulah dia dikenali ramai dengan gelaran pelawak di negara itu.

Anugerah pertama yang dimenangi Yoo Jae Suk adalah pada tahun 2006 menerusi kategori Best Variety Performer – Male di Baeksang Art Awards.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×