berita

Diserang Dengan Parang, Anak ‘Pertahankan Diri’ Pukul Bapa Sampai Mati

June 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Talasai Kuyoh ditemui mati dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya di kebun kelapa sawit milik mangsa yang terletak berhampiran dengan kediamannya di Kampung Ulu Taburi, Lahad Datu, Sabah.

Mangsa sering mabuk

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, suspek sering dimarahi dan dimaki lebih-lebih lagi ketika mangsa mabuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu iaitu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata sebelum insiden ngeri itu berlaku, suspek yang sedang tidur di rumah keluarga isterinya telah dikejutkan oleh mangsa sebelum mengarahkan anak lelakinya yang berusia 30 tahun itu (suspek) untuk melakukan beberapa tugasan. Sebaik sahaja selesai menjalankan tugas yang diberikan, suspek sekali lagi diarahkan untuk memasak.

Namun ketika sedang memasak, mangsa yang sedang minum minuman keras memanggil suspek ke bawah rumah dan berlaku perselisihan faham antara mereka.

Suspek pertahankan diri

Mangsa berusia 62 tahun yang masih berada di bawah pengaruh alkohol itu terus mengambil parang dan melibas ke arah suspek. Suspek yang terkejut dengan tindakan bapanya terus berlari ke arah lori di hadapan rumah dan mengambil sebatang besi pengangkat sawit bertujuan untuk mempertahankan diri.

Namun, si mati terus mengejar suspek sambil melibas parang dan suspek pula cuba mengelak sambil menghayunkan besi pengangkut sawit sehingga terkena kepala dan beberapa bahagian badan mangsa. Akibat beberapa kali dipukul, mangsa akhirnya terjatuh ke arah kawasan bawah bukit.

Suspek yang panik kemudian melarikan diri ke rumah ibu saudara isterinya untuk menceritakan tentang kejadian tersebut sebelum dia ditahan oleh penduduk kampung. Suspek diserahkan kapada pihak polis dan hasil daripada siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek termasuk sebatang besi berukuran 61 sentimeter dan telefon bimbit. Turut ditemukan sebilah parang berhampiran mayat mangsa ditemui.

Suspek ditahan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Summer: Harian Metro, Borneo Today

SKIP THIS AD ×