berita

Diserang Guna Cota Sampai Kepala Bocor, Kamal Adli Jalani Pembedahan Di Hospital Singapura

March 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon Uqasha Sensore menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan bahawa suaminya, Kamal Adli diserang individu di Singapura.

Tiba-tiba diserang

Menurut Uqasha, dia dan Kamal baru sahaja pulang dari sebuah event di Singapura dan tiba-tiba Kamal diserang dan dipukul menggunakan cota berkali-kali di bahagian kepala, muka dan mata.

Doakan suami saya, Kamal baru habis event di Singapura tiba-tiba dia di serang dengan chota berkali-kali kepala muka, bawah mata dan badan. Sekarang Kamal dekat Singapura punya hospital major operation kerana lubang dan bocor koyak di belakang kepala.

Difahamkan, Kamal kini sedang menerima rawatan di hospital Singapura.

Sumber: Uqasha

SKIP THIS AD ×