berita

Diskaun Hingga 90% & Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Korang Di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

November 29th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Hujung tahun macam ni, tak sah kalau takde sale. Nak-nak bila nak dekat dengan musim perayaan ni. Rugi kalau korang lepaskan peluang untuk membeli-belah sekarang terutamanya di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

Sekarang, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang tengah ada promosi hebat tau. Ada pelbagai barang berjenama yang korang boleh dapatkan dengan harga terbaik.

Jom serang Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena Krismas!

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang tengah ada Christmas Sale 2019. Bertemakan Happy Polar Christmas, sale ni akan berlangsung sehingga 1 Januari 2020. Inilah masa terbaik untuk beli barangan berjenama yang dah lama korang idamkan.

Kalau korang nak tahu, Christmas Sale 2019 di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang lebih meriah daripada biasa. Bukan setakat harga yang lebih murah, korang juga boleh berseronok bersama keluarga tau. Jom, tengok promosi dan aktiviti apa yang mereka ada untuk korang.

Diskaun sehingga 90% wei!

Christmas Sale 2019 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang kali ni lain daripada yang lain. Diskaun sehingga 90% tau. Memang onz! Ini antara promosi yang korang tak boleh lepaskan.


Uishhh, betul punya banyak ni. Sebenarnya, ada banyak lagi tapi better korang pergi sendiri Mitsui Outlet Park KLIA Sepang dan tengok apa yang ada. Lagi puas hati! Paling best, korang juga berpeluang memenangi kereta bila berbelanja di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

Shopping banyak-banyak & berpeluang menang kereta.

Dah la ada diskaun gempak, berpeluang menang kereta pulak tu. Tapi, macam mana nak masuk peraduan ni? Senang je! Korang hanya perlu berbelanja minimum RM300 dalam 2 resit dan korang mungkin membawa pulangkereta Toyota Avanza atau Toyota Yaris. Terbaiklah!

Korang boleh sertai peraduan ni dua kali tau, janji spend minimum RM300 setiap kali pergi Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Mana la tahu korang dapat durian runtuh dua kali. Silap-silap menang dua-dua buah kereta korang bawa balik.

Hourly Special, tebus apa yang ada!

Selain cabutan bertuah, korang boleh dapat dessert PERCUMA dari Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Hanya berbelanja minimum RM100 dan korang boleh tebus dessert, minuman dan Petron Privilege Miles Card secara PERCUMA. Yay!

Take note! Tawaran ni akan bermula pada 30 November hingga 1 Disember 2019 dan 7 hingga 8 Disember 2019 saja. Waktu tu, jangan shopping sampai lupa nak tebus benda-benda ni. FREE kot!

Selain itu, pada 20 & 21 Disember nanti Mitsui Outlet Park KLIA Sepang extend waktu operasi diorang dari jam 10 pagi hingga 12 malam. Extend 2 jam tau, untuk korang semua. Menariknya, waktu operasi yang dilanjutkan selama 2 jam ini juga merupakan waktu happy hour dimana korang akan menikmati diskaun berganda.

Tebus Poskad Christmas Polar bila berbelanja RM 150 ke-atas!

Korang bukan sahaja boleh menikmati rebat tunai sebaliknya, jika korang berbelanja RM 150 dan ke atas, korang sebenarnya layak untuk tebus Poskad Christmas Polar secara percuma. Ye! Secara percuma. Nanti boleh la send poskad tersebut dekat kenalan atau pun keluarga yang tinggal jauh diperantauan.

Meet & Greet Pinkfong Baby Shark Doo Doo Doo Doo ~~

Anak korang suka karakter Pinkfong yang popular dengan lagu Baby Shark? Lagu dia sampaikan kita yang dewasa pun tahu. Korang patut bawak anak-anak ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang cuti sekolah akhir tahun ni. Boleh menari dengan Pinkfong Baby Shark dan bergambar dengan mereka. Mesti comel!

Pinkfong Baby Shark akan berada di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pada 14 dan 15 Disember 2019. Ada 3 sesi setiap hari iaitu pukul 2 petang, 4 petang dan 6 petang. Anak-anak korang mesti happy nanti.

Bawa keluarga ke Outdoor Polar Snow Playland. Enjoy habis!

Nak tahu benda lagi seronok? Mitsui Outlet Park KLIA Sepang juga ada Kiddie Train untuk kanak-kanak. Seronok dapat naik kereta api. Memang puas hati! Fuh!

Selain tu, korang boleh enjoy bersama keluarga dengan aktiviti menarik kat sini. Antara aktiviti yang ada ialah bengkel seni kanak-kanak, pertandingan mewarna, kereta api Krismas, caroling dan pastinya kehadiran Santa di sana. Syoknya!

Menarik betul Christmas Sale 2019 di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Admin rasa nak pergi sekarang juga sebab promosi dan aktiviti semuanya best. 

Untuk info lanjut, LIKE dan FOLLOW Link dibawah:

Facebook:Mitsui Outlet Park KLIA Sepang 

Website: Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Instagram: Mitsui Outlet Park KLIA Sepang