berita

Disuruh Minum Ubat Bukaan Rahim Sampai Hijau Air Ketuban, Wanita Pasrah Bayi ‘Pergi’ Pada Usia 1 Hari

May 24th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Kedatangan cahaya mata baharu sudah tentu menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan pasangan berkahwin. Semuanya persediaan rapi dilakukan bagi memastikan bayi lahir dengan selamat serta sempurna sifat. Namun, apakan daya sekiranya takdir tertulis sebaliknya.

Bayi keracunan air ketuban

Tangkap layar Tiktok @ipehoon

Menerusi perkongsian seorang wanita dengan nama pengguna @ipehoon di laman Tiktok, dia berkongsikan kegembiraan menanti kelahiran zuriat sulung mereka. Katanya, dia dan suami sangat bahagia ketika disahkan hamil sehingga kerap kali berjumpa dengan doktor untuk memastikan kandungan diperiksa rapi.

Selepas usia kandungan matang dan dalam proses untuk melahirkan, wanita yang dikenali sebagai Latifah itu berkata dia diminta untuk mengambil ubat perangsang pembuka rahim. Akhirnya, air ketubannya pecah, namun telah bertukar menjadi warna hijau.

Latifah pada ketika itu berharap doktor dapat mengeluarkan bayinya dengan kadar segera, namun dia dimohon menunggu, untuk melahirkan dengan kaedah normal. Setelah lama menunggu dan dia tidak berjaya untuk melahirkan dengan normal, maka kaedah operasi ‘caeser’ terpaksa dilakukan.

Namun, selepas sehari, bayi itu disahkan telah pergi menghadap llahi akibat keracunan air ketuban.

‘Doktor lalai’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meragui keputusan yang dibuat doktor sambil bersimpati dengan kepergian zuriat Latifah. Netizen sempat memberikan kata-kata semangat buat Latifah dan suami agar kuat menempuh dugaan itu selain mendoakan rezeki lain buat mereka.

Sumber: Tiktok @ipehoon

SKIP THIS AD ×