berita

Disyaki Lakukan Pengabaian Hingga Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia, Pengasuh Ditahan Polis

May 23rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita telah ditahan polis selepas disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia.

Pengasuh ditahan polis

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, bapa mangsa telah tampil membuat laporan polis pada hari kejadian iaitu 9 Mei lepas. Bertindak atas laporan yang diterima, pihak polis telah menahan pengasuh berusia 31 tahun itu di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya, pada hari yang sama.

Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan menelefon 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×