berita

Disyaki Rogol Anak Tiri Berusia 10 Tahun Sejak Setahun Lalu, Penganggur Ditahan Polis

July 28th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang penganggur di sebuah kampung di daerah Kuala Nerus ditahan pada Isnin lalu selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 10 tahun.

Disyaki rogol anak tiri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, perbuatan keji suspek yang berusia 40 tahun itu hanya terbongkar selepas salah seorang guru mangsa yang menerima maklumat berhubung kejadian tampil membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit, Kuala Nerus. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak setahun yang lalu.

Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes ugutan yang mendatangkan kecederaan kini direman selama tujuh hari sehingga 1 Ogos depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×