Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki etnik Rohingya maut dipercayai ditikam sebanyak 40 kali termasuk di dada oleh rakan senegaranya. Mayat mangsa kemudian ditemui di kawasan kebun jagung berhampiran rumah yang disewa suspek di Kampung Melor Lama, Kota Bharu.
Lelaki ditikam 40 kali
Foto: Berita Harian
Memetik laporan Berita Harian, suspek bertindak membunuh mangsa kerana cemburu selepas mengesyaki lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, 29 tahun.
Menurut Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Muhamad Zaki Harun, sebelum kejadian, berlakunya pertengkaran antara mangsa yang berusia 44 tahun dan suspek, 32. Difahamkan, isteri suspek turut berada di dalam rumah terbabit.
Susulan itu, suspek mengambil sebilah pisau di dalam rumah yang disewanya dan menikam mangsa sehingga lelaki itu maut. Sebelum kejadian, mangsa pergi ke rumah suspek sebelum berlaku pergaduhan.
Suspek dan mangsa sebelum ini pernah menyewa bersama sebelum mereka tinggal berasingan bersama isteri masing-masing.
Susulan daripada itu, suspek dan isterinya ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sebilah pisau pemotong sayur turut dirampas untuk siasatan lanjut.
Sumber: Berita Harian