berita

Ditanya Soalan Provokasi Mengapa Muslim Berwuduk Bersihkan Muka Tapi Sembam Muka Ke Tanah, Ini Jawapan Mufti

November 20th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Sebagai umah Islam, kita diwajibkan untuk solat 5 kali dalam sehari. Salah satu dari syarat sah solat adalah sujud melainkan solat sunat jenazah. Di twitter, seorang wanita bukan Islam mempersoalkan perkara ini kepada Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Ini jawapan mufti sendiri.

Islam tak aneh

Islam ini aneh. Disuruh membersihkan wajah sebelum diminta menyembamkan muka ke tanah. Enlighten me please my dear mufti.

Seorang wanita bukan Islam mempersoalkan kenapa umat Islam membersihkan wajah sebelum menyebamkan muka ke tanah (sujud). Persoalan ini mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Dr, Zulkifli yang menjawab kembali pertanyaan diutarakan.

Untuk membuang ego manusia

Menurutnya, ini bertujuan bagi menimbulkan rasa kerendahan hati dan membuang ego manusia. Ibaratnya kepala anggota teratas akhirnya selepas sujud sama sahaja dengan kedudukan kaki dan tangan. Jawapan mufti membuatkan orang ramai tersentuh hati.

Jawapan yang menyentuh hati

Sepatutnya tak perlu guna sejadah

Walaupun begitu, wanita ini turut pertikaikan pengunaan sejadah seolah-olah menghina Allah. Malah dia turut persoalkan sejadah yang gebu dan mahal sehingga menenggelamkan muka. Namun masih tidak mendapat respon mufti.

Bagaimanapun, seorang lelaki menjawab persoalan wanita dimana penggunaan sejadah tidaklah wajib seperti zaman Nabi dahulu. Apa-apa pun semoga persoalan ini terjawab buat orang ramai.

Sumber : Dr Zulkifli

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×