Penyanyi, Datuk Aishah Ariffin menyelar segelintir individu yang menyatakan perbuatan menari sudah tidak kena dengan usianya yang sudah memasuki 60 tahun.

Artikel Berkaitan: ‘Ikut Hati Bahagia Hidup Solo, Tapi Kuasa Allah Kita Tak Tahu’ – Aishah

Artikel Berkaitan: Aishah Tanggung Derita Disihir, Enggan Terlibat Pertandingan Nyanyian Lagi – ‘Kalau Saya Nak Cerita, Dah Boleh Buat Buku Dah’

This is my job

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin, memuat naik video memaparkan dia menari sambil miming lagu Call Me.

Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Namun menurut pelantun lagu Janji Manis Mu, dia hanya melakukan pekerjaannya walaupun usianya telah berubah angka memasuki golongan warga emas.

Mengata orang pada apa usia pun tidak sesuai.

This is my job, tak suka tolong scroll.

Biarkan saya buat kerja saya.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warganet juga memuji Aishah kerana masih bertenaga tidak seperti mereka yang sama umur dengannya.

Komen warganet

Sumber: TikTok