Pelakon, Wafariena menegaskan perubahan bentuk badannya terutama di bahagian punggung adalah hasil daripada senaman yang dilakukan secara konsisten.

Artikel Berkaitan: Wafariena Pesan Jangan Menyakat Masa Pegang Objek Tajam

Artikel Berkaitan: Berbaloi Tiga Bulan Menunggu, Wafariena Berjaya Miliki Kereta Idaman

Rajin bersenam

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Wafariena Roslan, 31, sekaligus menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan dia menjalani pembedahan untuk mendapatkan bentuk badan idaman.

Saya nafikan, tiada (pembedahan) apa pun. Sejujurnya, bulan puasa pun saya buat senaman.

Selepas tarawih saya akan senaman untuk satu atau dua jam dan untuk muka alhamdulillah tak ada (pembedahan) selain ‘skin booster’ untuk jaga kulit.

Wafariena berkata demikian ketika ditemui pada program Melodi Raya yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu turut menjadikan selebriti antarabangsa Kim Kardashian (Kim K) sebagai inspirasi untuk mengekalkan bentuk badan yang menarik melalui gaya hidup sihat.

Saya rasa kawan-kawan industri semua meminati dengan pinggul saya. Perempuanlah, mereka tanya saya buat apa.

Saya cakap senamanlah, buat squat yang ada beberapa jenis boleh lakukan sebab saya suka badan macam Kim K.

Tapi bukan nak buat jadi macam Kim K, cuma saya suka penampilan begitu sebab saya tinggi. Kalau kurus sangat tak cantik, saya suka ada bentuk.

Kata Wafariena, rutin senaman itu dilakukan bagi kepuasan diri sendiri dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Saya ajar juga mereka buat (senaman) bukan kata tak kongsi, bila orang tanya saya cakap buat squat. Tak ada saya nak cakap semula jadi, itu belagak jadinya.

Daripada umur 19 tahun dah buat senaman sekarang dah 31 tahun. Saya buat senaman bukan nak masuk pertandingan atau tunjuk badan tidak.

Saya buat untuk diri sendiri supaya rasa yakin, fit dan cantikan diri, itu hak saya.

Terdahulu, nama Wafariena menjadi bualan apabila bentuk badannya berubah sehingga ada yang mendakwa aktres itu melakukan suntikan atau pembedahan di bahagian punggung.