berita

Ditegur Pandu Kereta Laju, Lapan Lelaki ‘Mengamuk’ Serang Guna Senjata

June 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Akibat menegur memandu laju di kawasan perumahan, lapan lelaki disyaki telah menyerang satu keluarga dengan menggunakan senjata di depan rumah di Sungai Jati, Klang, semalam.

Mangsa tegur suspek sebab pandu laju di kawasan perumahan

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar, kejadian berkenaan berpunca daripada adik ke pada mangsa yang menegur suspek kerana memandu laju di kawasan perumahan tersebut.

Polis Klang Selatan mengesahkan menerima satu laporan polis semalam berhubung kejadian sekumpulan lelaki menyerang mangsa dan keluarga dengan menggunakan kayu dan topi keledar serta membaling batu dan botol kaca ke dalam rumahnya.

Susulan daripada itu, pihak polis menahan lima suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Derah Klang Selatan dan tiga lagi suspek ditahan di tempat kejadian dalam lingkungan jam 9 malam hingga 10 malam semalam.

Pihak polis juga berjaya merampas sebuah motorsikal jenis Yamaha, sebuah kereta jenis Honda berwarna hijau dan juga dua topi keledar berwarna biru.

Tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau

Ketua polis juga memberitahu bahawa kesemua suspek telah ditangkap serta mengaku terlibat dalam kes berkenaan sepertimana yang tular di media sosial berkenaan.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu telah direman selama dua hingga tiga hari bagi membantu siasatan dan tiga daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Seorang suspek mempunyai 13 rekod lampau (jenayah) , seorang suspek mempunyai dua rekod lampau (dadah) dan seorang lagi mempunyai satu rekod lampau (jenayah).

Hasil siasatan juga mendapati dua suspek yang telah ditahan di tempat kejadian merupakan adik beradik dan siasatan masih teruskan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Mangsa dikatakan tidak mengenali semua suspek terbabit dan mengalami luka pada bahagian kaki kiri manakala adiknya pula cedera ringan pada bahagian muka.

‘Sekumpulan lelaki menyerang pengadu dan keluarga’

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×