berita

Ditemui Dalam Keadaan Tertiarap & Pucat, 3 Kanak-Kanak Dikurung Setahun Oleh Ibu

June 27th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Masyarakat Kota Balikpapan di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia dikejutkan dengan penemuan tiga orang kanak-kanak perempuan berusia enam, 10 dan 14 tahun dipercayai dikurung di dalam rumah mereka di Perumahan RT 28 sejak setahun yang lalu.

3 kanak-kanak dikurung setahun

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan KlikKlatim, penduduk kampung dikatakan pergi ke rumah terbabit untuk membebaskan tiga kanak-kanak berkenaan selepas mengetahui perkara yang sebenar.

Ketika petugas masyarakat dan penduduk setempat tiba, rumah berkenaan berada dalam keadaan terkunci dari luar malah terdapat salah satu daripada bilik tidur di dalam rumah terbabit dikunci dengan mangga yang dipasang lebih daripada satu.

Ketika kesemua mangsa ditemui, mereka berada dalam keadaan tertiarap dan lemah. Wajah mereka turut pucat kerana sudah setahun tidak dapat melihat cahaya matahari. Apa yang lebih menyayat hati adalah keadaan bilik terbabit yang menempatkan kanak-kanak itu begitu sempit seperti bilik tahanan.

Menurut ketua kampung, Alpirawan, perkara terbabit terbongkar selepas penduduk kampung sudah lama tidak melihat ketiga-tiga kanak-kanak itu pergi ke sekolah.

Pihak sekolah pernah datang dan tanya keadaan mengenai tiga kanak-kanak tu sebab mereka tak pernah datang belajar dan dah setahun tak nampak keluar dari rumah atau bermain di kawasan sekitar.

Ibu bapa dakwa anak-anak masuk asrama

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, ibu bapa mangsa mendakwa ketika-tiga anaknya itu berada di sekolah asrama di Jawa, namun ia tidak dapat mengurangkan rasa curiga lelaki terbabit.

Susulan daripada itu, dia membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada Jabatan Masyarakat Kelurahan Batu Ampar kerana berkemungkinan kanak-kanak itu dikurung di dalam rumah.

Tambahnya lagi, ibu bapa mangsa dikatakan sudah berpisah dan si suami takut kepada isterinya sehingga sanggup tidur di luar rumah.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga kanak-kanak terbabit telah dibawa ke Unit Pelaksanaan Teknikal Perkhidmatan (UPTD) Perlindungan Perempuan dan anak (PPA) Balikpapan untuk siasatan selanjutnya.

Sumber : KlikKlatim

SKIP THIS AD ×