
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila didakwa menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki dewasa di sebuah kawasan terpencil di Jepara, Jawa Tengah.
Artikel Berkaitan: Rogol Cucu Tiri 13 Tahun Sampai Hamil 5 Bulan, Datuk Mengaku Bernafsu Tengok Mangsa Berpakaian ‘Seksi’
Artikel Berkaitan: Kaki Dikepak Sehingga 90 Darjah, Doktor Pelatih Maut Dibunuh & Dirogol Selepas 36 Jam Bekerja Tanpa Henti
Mangsa rogol bergilir-gilir

Memetik laporan media tempatan Indonesia, kejadian tragis itu berlaku pada Sabtu (8/11/2025) ketika mangsa bersama dua rakan perempuannya menonton satu persembahan hiburan dangdut.
Menurut wakil Jabatan Pemerkasaan Wanita, Perlindungan Kanak-Kanak, Kawalan Penduduk dan Perancangan Keluarga (DP3AP2KB) Jepara, Luluk Bahiroh berkata, di situlah mangsa bertemu dengan tiga lelaki yang tidak dikenali.
Sejurus persembahan tamat, mangsa dan dua rakannya mengikut ketiga-tiga suspek ke wilayah Daerah Kecil Nalumsari.
Mangsa ditinggalkan oleh kedua-dua rakan perempuannya bersama tiga lelaki itu di tepi jalan di sebuah kawasan ladang.
Di lokasi sunyi itulah, ketiga-tiga suspek bertindak keji merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Mangsa sempat melawan tetapi dipaksa sehingga akhirnya dia tidak berdaya.
Perbuatan terkutuk itu difahamkan berlarutan sehingga kira-kira jam 8.30 malam. Selepas itu, kedua-dua rakan perempuan mangsa kembali ke lokasi untuk menjemput dan menghantarnya pulang.
Kes tersebut terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Polis Jepara (Kasatreskrim Polres Jepara), AKP M Faizal Wildan Umar Rela, mengesahkan telah menerima laporan kejadian tersebut daripada keluarga mangsa.
Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.
Sumber: Muria News








