Foto: Detik News
Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ditemukan lemas di dalam kolam renang selepas ditinggalkan sebentar oleh pengasuhnya dalam satu kejadian di Cilegon, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Pelakon ‘Back Up’ Teman Lelaki, Sengaja Lemaskan Anak Dalam Kolam Renang Sampai Mati?
Maut dalam kolam renang
Foto: Detik News
Memetik laporan News Detik, kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja selepas pengasuh yang dikenali sebagai Daisa meninggalkan anak asuhannya, Sheza sebentar untuk pergi mandi. Namun siapa sangka, tiada lama kemudian dia melihat kanak-kanak itu sudah tiada di dalam kawasan rumah.
Meskipun sudah mencari di merata-rata tempat, namun dia tidak menemui kelibat anak asuhannya sehinggalah dia mendapat berita daripada penduduk setempat tentang penemuan seorang kanak-kanak lemas di dalam kolam renang. Setibanya di lokasi kejadian, dia melihat Sheza sudah terbaring tidak bernyawa.
Difahamkan, Daisa mendakwa sebelum itu dia telah memeriksa kolam renang tersebut namun tiada melihat kelibat sesiapa berenang di situ. Tambahan pula, pintu pagar kolam renang berkenaan juga berada dalam keadaan tertutup.
Susulan daripada apa yang berlaku, kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: News Detik