berita

Dituduh Bawa Konsep ‘Bunuh Diri’, Aina Abdul Mohon Maaf Mesej Keterlaluan, Masih Waras!

February 10th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Persembahan kontroversi Aina Abdul di kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi perdebatan ramai apabila ramai yang mengecam konsep yang dibawa.

Rata-rata meluahkan rasa terkejut melihat darah berlumuran mengalir di gaun putih yang dipakai. Malah, ada yang mendakwa persembahan tersebut merangsang pesakit depresi untuk bertindak di luar kawalan.

‘Saya masih waras’

Kenyataan Aina Abdul Dakwaan Persembahan Konsep Bunuh Diri.
Assalamualaikum wbt. Astaghfirullah al adzim. Nauzubillah min zalik. Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa. Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Persembahan saya hanya sebuah ekspresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL34 dan ia merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah. Perkara ini saya sudah pun maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram saya.

Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya.

Nafi dakwaan

Semua orang mempunyai pendapat berbeza dan ingin saya tegaskan sekali lagi, persembahan saya tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa. Ia langsung tiada kena mengena dengan dakwaan yang diperkatakan dan saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul.

Saya harap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekusutan yang melanda. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang AJL34 dan semua team produksi. Berada di pentas AJL34 sudah membuatkan saya sangat bersyukur.

Sejujurnya, saya tak fikir mengenai menang atau kalah kerana pentas AJL34 merupakan permulaan saya menyerlahkan lagi bakat di persada seni. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada peminat saya, @ainations yang tidak jemu menyokong. Anda semua kekuatan saya dan saya tak akan berhenti berusaha untuk me balas jasa anda semua.

Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Sumpah. Alhamdulillah.

Walau bagaimana pun Aina sudah menjelaskan darah sebenarnya adalah simbolik kepada perasaan kecewa seorang wanita. Penyanyi ini juga menafikan dakwaan konsep yang dibawa adalah konsep bunuh diri dan dia seperti menikam-nikam dada.

‘Saya sendiri nak ketengahkan isu mental health’

Terdahulu, sebuah laman kesihatan di Facebook menegur gaya persembahan dan gimik yang dibuat penyanyi kelahiran rancangan realiti ini.

Dakwanya, persembahan tersebut seolah-olah menggalakkan lagi pesakit depresi untuk menamatkan riwayat akibat kekecewaan. Posting tersebut mendapat pelbagai respon bercampur baur daripada netizen.

Sumber : Aina Abdul, Youtube

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×