Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan mengejutkan daripada seorang wanita yang mendakwa suaminya telah menjalinkan hubungan sulit dengan ibu kandungnya sendiri (ibu mentua kepada suami).
Artikel Berkaitan: Viral Suami Lagi ‘Terliur’ Dengan Ibu Mentua, Kantoi Kena Tangkap Basah.. Rupanya Selalu Bertukar Mesej 18+
Dituduh curang dengan ibu mentua?
Lebih mengejutkan apabila si isteri yang dikenali dengan nama Norma Risma mendakwa suaminya berlaku curang tiga hari selepas perkahwinan mereka berlangsung. Beberapa penduduk berjaya menangkap suami dan ibunya dalam keadaan tiada seurat benang pada tubuh mereka malah Norma juga mendakwa kedua-duanya pernah bertukar mesej berbaur lucah melalui aplikasi WhatsApp.
Susulan daripada pendedahan tersebut, suami Norma iaitu Rozy Jay ditemani peguamnya tampil membela diri dengan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku. Menerusi temu bual ekslusif di Youtube Trans TV Official, Rozy akui terkilan dengan tindakan Norma yang membuka aib keluarga dan menuduhnya malah dia menganggap itu adalah satu fitnah besar buat dirinya. Selepas isu tersebut tular, Rozy sangat depresi sehingga dia mencederakan dirinya sendiri.
Saya dengan isteri memang selalu bergaduh. Saya kemudian ambil langkah untuk meluahkan masalah rumah tangganya kepada ibu mentuanya (ibu kandung Norma). Baru lima minit saya bercakap, saya pergi ke bilik air. Tiba-tiba saya keluar dari bilik air, tengok orang kampung masuk. Saya terkejut. Ketika itu, ibu mertua saya berada di bilik yang sama. Pintu juga tidak berkunci.
Rozy turut menafikan dakwaan penduduk kampung melihat ibu mentuanya berbogel di dalam bilik berkenaan. Menurut peguam, mereka masih mencari fakta kes memandangkan terdapat pelbagai versi cerita yang mereka terima. Ada yang mendakwa ibu mentua Rozy sedang solat di bilik malah ada yang mendakwa melihat wanita itu tidak berpakaian.
Rozy dan peguamnya berpendapat kes ini ada unsur diperangkap atau penipuan. Difahamkan, Norma juga dikatakan meminta rujuk namun ditolak kerana keluarga Rozy sudah malu dengan fitnah yang dilemparkan oleh Norma.
Sumber: Trans TV Official