berita

Dituduh Berurusan Jual Beli ‘Barang’, Lan Pet Pet Bakal Ambil Tindakan

August 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral sebuah video di laman Twitter mengenai seorang pelawak yang didakwa sedang menjalankan urusan ‘jual beli’ dan secara tiba-tiba mengamuk apabila mengetahui urusan tersebut dirakam. Bukan itu sahaja, netizen mula berteka-teki dan memetik nama pelawak Lan Pet Pet yang didakwa merupakan individu yang berada di dalam kenderaan tersebut.

‘Macam-macam kerja mereka buat’

Difahamkan, video yang tular itu menyaksikan individu tersebut bergegas keluar dari kereta yang dipandunya dan meluru ke arah si perakam. Video itu turut kedengaran individu berkenaan meninggikan suara dengan memarahi si perakam dan didakwa berlaku pertelingkahan pada malam tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah video disertakan dengan kapsyen seolah-olah mendakwa individu tersebut sedang berurusan jual beli ‘barang’. Hantaran tweet berkenaan bagaimanapun telah diturunkan.

Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja mereka buat. Hari tu seorang jadi tauke ayam. Kali ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu.

Akan menjelaskan nanti

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet)

Susulan itu, Lan Pet Pet menerusi postingnya di laman Instagram memaklumkan bakal mendapatkan nasihat daripada peguamnya sebelum mengambil tindakan undang-undang. Ujarnya lagi, dia akan memberi keterangan berhubung penularan video tersebut kepada media tidak lama lagi.

Memandangkan post-post yang berunsur fitnah dan telah mengaibkan nama saya, jadi saya akan mendapatkan khidmat nasihat dari peguam saya untuk tindakan selanjutnya.

Saya akan jemput rakan media untuk memberi penjelasan lanjut mengenai video yang tular tersebut.

Sumber: Lan Pet Pet, Harian Metro

SKIP THIS AD ×