berita

Dituduh Buat Kepala Sendiri ‘Heret’ Suami Naik Pentas, Fazura Seru Hans Isaac Mohon Maaf

April 2nd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Festival Filem Malaysia (FFM30) berlangsung meriah Ahad lalu dan mengangkat One Two Jaga sebagai filem terbaik. Disebalik malam penuh kegemilangan itu, terselit cerita kurang enak membabitkan pelakon Fazura yang kononnya penampilan bersama suaminya, Fattah Amin adalah permintaan peribadi.

Tambah memburukkan keadaan apabila Hans Isaac turut menghantar mesej Whatsapp kepada Fazura meluahkan kekecewaannya berkenaan penampilan pasangan suami isteri itu sebagai penyampai anugerah.

Tahu prosedur FFM

Dakwa Fazura, dia tidak menetapkan kepada penganjur untuk menjadi penyampai bersama-sama dengan suaminya itu. Tambah pelakon Pisau Cukur ini lagi, dia dan Fattah mendapat undangan rasmi untuk menjadi penyampai trofi malam itu.

Ujarnya lagi, dia dan Fattah sepatutnya tampil berasingan namun dimaklumkan di saat-saat akhir untuk naik ke pentas bersama.

Saya terkejut apabila ada blog melaporkan kononnya saya mengenakan syarat kepada penganjur iaitu kalau mahu ambil saya sebagai penyampai trofi, saya mesti digandingkan dengan Fattah.

Dakwaan mengatakan saya hanya akan muncul jika Fattah menemani saya adalah tidak benar sama sekali. Ini adalah tuduhan yang berat kerana sebagai selebriti yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam industri, saya tahu prosedur majlis atau acara seperti FFM.

Tuntut Hans mohon maaf

Pelakon jelita ini turut mendakwa menerima mesej daripada Hans Isaac menyatakan rasa kecewa dengan tindakan Fazura itu yang kononnya membuat keputusan sendiri tampil dengan Fattah.

Saya terkejut menerima mesej daripada Hans, pagi tadi yang mendakwa dia ialah individu yang meluluskan senarai penyampai trofi dan artis yang membuat persembahan pada malam itu. Saya dituduh membuat keputusan sendiri dan tidak menghormati artis lain yang layak naik ke pentas.

Tuduhan itu tidak berasas. Perkara ini perlu dijelaskan kerana sudah tular dan memberi reputasi tidak baik terhadap saya dan suami.

Untuk itu, Fazura meminta Hans membuat permohonan maaf ke atasnya dan suami atas keterlanjurannya itu.

Dalam mesej itu, Hans ada menyebut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Saya serahkan kepada Hans kerana sepatutnya dia memohon maaf kepada saya dan suami.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×