berita

Dituduh Ciplak Lagu ‘All I Want For Christmas Is You’, Mariah Carey Disaman RM87 juta

June 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Penyanyi popular, Mariah Carey telah disaman atas pelanggaran hak cipta lagu hit Krismas tahun 1994, ‘All I Want for Christmas is You’. Penulis lagu, Andy Stone memberitahu dia pernah menulis sebuah lagu dengan tajuk yang sama kira-kira lima tahun yang lalu sebelum Mariah Carey melancarkan lagu tersebut.

Guna populariti ciplak lagu?

Menerusi laporan BBC, Stone mendakwa Mariah menggunakan popularitinya untuk menciplak lagu. Meskipun kedua-dua lagu memiliki susunan muzik berbeza, Stone tetap mempertahankan tindakan saman tersebut kerana tajuk lagunya adalah sama. Tambah Stone, kewujudan lagu Mariah telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan peminat. Bukan itu sahaja, Stone turut memaklumkan bahawa lagunya tidak mendapat perhatian ramai selain penyanyi itu tidak meminta kebenaran menggunakan tajuk yang sama.

Untuk pengetahuan korang, lagu ‘All I Want for Christmas is You’ nyanyian Mariah Carey merupakan lagu ikonik bagi perayaan hujung tahun itu dan merupakan rekod carta lagu Krismas terulung sepanjang zaman. Sejak muncul dalam album Merry Christmas pada 1994, ia telah mengungguli carta di beberapa negara dan menjelang 2017, lagu itu dilaporkan telah memberikan lebih AS$60 juta (RM263 juta) royalti kepada Carey. Lagu itu juga telah distrim sebanyak satu bilion kali di platform Spotify.

Stone yang menggunakan nama pentas Vince Vance dengan kumpulan Vince Vance and the Valiants, menuntut sekurang-kurangnya AS$20 juta (RM87.8 juta) sebagai ganti rugi susulan daripada kes ini.

Sumber: BBC

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×