Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon terkenal Indonesia iaitu Raffi Ahmad menjadi bualan hangat netizen selepas ada dakwaan menyatakan bahawa Raffi terlibat dalam sindiket ‘cuci wang’ bersama Rafael Alun Trisambodo.
Artikel Berkaitan: Rumah Baru Raffi Ahmad & Nagita Mewah, Siap Ada Lif Khas Untuk Kereta
Raffi dituduh terlibat cuci wang?
Difahamkan, isu tersebut mula tercetus selepas seorang individu memuat naik satu video yang mendakwa rumah Raffi Ahmad telah digeledah oleh pihak berkuasa malah mereka juga dikatakan menemui bahan bukti termasuk bilik rahsia yang dikaitkan dengan isu tersebut.
Susulan daripada hantaran itu, ramai yang mula membuat spekulasi bahawa kehidupan Raffi yang mewah adalah sumber daripada sindiket cuci wang tersebut termasuk rumah baharunya yang mencecah puluhan juta iaitu sekitar RM29,184,103 atau Rp 100 bilion selain nafkah yang diberikan kepada isteri.
Susulan daripada spekulasi itu, Raffi akhirnya tampil membuka mulut menjawab segala tuduhan terhadapnya. Raffi menegaskan bahawa dia sama sekali tidak terlibat dalam sindiket cuci wang yang dilakukan Rafael Alun Trisambodo malah langsung tidak mengenali dan tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan individu tersebut.
Raffi juga tidak keberatan sekiranya pihak berkuasa mahu memeriksa perniagaannya. Menurut sumber, setakat ini pihak berkuasa tidak menemukan sebarang bukti yang mengaitkan Raffi terlibat dalam sindiket cuci wang seperti yang tular baru-baru ini.
Sumber: Kompas