Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz tampil menjelaskan mengenai dakwaan tidak membayar gaji pekerja di syarikatnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Umum Hamil Anak Ketiga Selepas Keguguran – ‘Rezeki Yang Paling Bermakna Untuk Kami’
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akui Suami Senang Mendalami Islam Tanpa Tekanan
‘Selalu bayar on time‘
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IGs), Sasha berkata dia merupakan seorang yang amanah dan selalu membayar gaji mengikut masa yang ditetapkan.
Sesiapa yang bekerja dengan saya, saya sentiasa bayar tepat pada masanya. Boleh tanya mereka yang bekerja dengan saya, tak pernah terlambat.
Melainkan yang buat hal bila nak berhenti, saya masih bayar. Belum pernah tidak bayar bekas pekerja.
Sasha berkata demikian selepas seorang individu mendakwa dia tidak membayar gaji pekerjanya menerusi mesej di Instagram.
Pengasas Bubblicious mendakwa meskipun bekas pekerjanya sebelum ini menunjukkan tingkah laku yang buruk namun dia masih membayar gajinya.
Jelasnya, dia tidak mahu bersikap tidak profesional dengan mendedahkan perangai bekas pekerja kepada umum.
Kepada bekas staf saya yang sorang ni, saya tak suka memburuk-burukkan bekas pekerja di media sosial, tak profesional.
Lain kali jangan hilangkan barang syarikat. Dah bagi kemudian buat-buat tidak mahu ganti.
Lagi satu, syarikat tetap bayar walaupun awak terlalu banyak cuti sakit, siap ambil cuti tidak berbayar. Saya okay sahaja walaupun masih dalam tempoh percubaan.
Tak masuk lagi mengelat semasa siaran langsung (live). Sepatutnya enam jam tetapi menipu buat kejap-kejap sebab alasan migrain, sakit perut dan lain-lain.
Walaupun begitu, syarikat masih bayar gaji.
Bukti pembayaran
Sementara itu, Sasha turut mempamerkan bukti pembayaran gaji terhadap bekas pekerjanya.
Dakwanya, bayaran gaji itu termasuk dengan bayaran cuti sakit yang dibayar kepada bekas pekerja ketika waktu ‘probation.’
Ini bayaran beserta cuti sakit, siap minta syarikat bayarkan walaupun masih dalam tempoh percubaan. Sebab kasihan, saya bayarkan.
Tidak mengapa, saya halalkan. Penat nak buka pekung perangai bekas pekerja ni. Cuti sakit terlalu banyak, sakit kepala la, cirit la dan ada yang hilang tanpa dapat dikesan.
Saya tidak minat nak buka aib.
Terdahulu, seorang individu mendakwa Sasha bersifat tidak bertanggungjawab kerana tidak membayar gaji bekas pekerja.
Sumber: Instagram