berita

Dituduh Curang & Hamilkan Teman Wanita, Lelaki Viral Buat Laporan Polis – ‘Semua Itu Tidak Benar’

April 7th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pendedahan seorang wanita yang mendakwa dicurangi oleh teman lelakinya.

Lebih menyedihkan, wanita terbabit meluahkan rasa terkilan kerana kekasihnya itu didakwa tergamak mengkhianati cintanya sedangkan sepanjang mereka menjalinkan hubungan, dia sentiasa ada bersama lelaki itu dikala susah dan senang.

Artikel Berkaitan: Pernah Suruh Teman Lelaki ‘Pasang Lain’ Sebab Nak Kawan, Sekali Betul Kena Curang? Netizen Kata Mungkin Doa Termakbul..

Buat laporan polis

Terbaru, teman lelaki wanita itu telah tampil membuat laporan polis berhubung isu berkenaan. Ujar lelaki tersebut, tiada keputusan atau pengesahan rasmi daripada doktor yang menyatakan wanita itu sedang mengandung.

Di samping itu, lelaki tersebut turut memberi penjelasan mengenai video menangis yang viral di media sosial.

Kejadian sebenar video yang tular itu ketika saya dikasari selepas dituduh berlaku curang. Saya cuba meminta maaf atas kejadian itu tapi dia berkeras dan memilih untuk merakam video dengan niat menularkannya.

Oleh sebab itu, saya telah membuat laporan polis berkenaan fitnah mengandung dan mengaibkan saya di media sosial. Ibunya yang merupakan bukan warganegara tanpa passport sah juga menuduh saya sebagai seorang perogol. Saya dituduh sedemikian rupa sedangkan semua itu tidak benar sama sekali.

Di akhir posting, lelaki tersebut berkata dia akan mengambil tindakan saman malu.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×