berita

Dituduh Dalang Perceraian Nazim-Bella, Ini Respon Elfira Loy

May 19th, 2018 | by faris
Kini Trending

2 hari lalu, satu Malaysia terkejut apabila Nazim Othman dan Bella Dally mengumumkan perceraian mereka melalui laman sosial masing-masing. Pengumuman itu menghentikan spekulasi dan khabar angin mengenai hubungan mereka yang sebelum ini dikatakan berantakan.

Tidak semena-mena, nama pelakon genit Elfira Loy terpalit sama dengan kisah perpisahan pasangan itu. Biar betul?

Difitnah punca Nazim cerai

Seorang pengguna Twitter mendakwa Elfira sebagai punca perceraian Nazim dan Bella tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai tweetnya itu. Tambah menyakitkan hati, netizen dengan nama Haziff Latiff itu mengaitkan kisah lalu Elfira dalam hal ini.

Tidak melenting, Elfira membalas tweet berkenaan dan meluahkan betapa sakit hatinya apabila membaca posting berkenaan. Pelakon ini bertanya kepada lelaki itu sama ada dia sengaja mahu meraih RT (perkongsian) atau hanya memfitnahnya.

Bulan puasa pun fitnah

Bukan syaitan kena ikat ke?

Memang berkawan dengan Bella, Nazim kot

Walaupun berhadapan tuduhan melampau sebegitu, namun peminat El nyata tidak termakan dengan provokasi. Ada berpendapat El hanyalah rakan baik kepada Nazim dan Bella selama ini dan berkemungkinan hubungan rapat mereka disalaherti.

Sebelum ini pun mereka ada memuatnaik gambar bersama di Instagram membuktikan persahabatan yang terjalin antara mereka bertiga.

Sumber: Elfira Loy

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×