
Pelakon, Izara Aishah menafikan dakwaan seorang individu yang mendakwa dirinya bersikap kurang mesra apabila mereka terserempak di dalam lif.
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Kecewa Jadi Mangsa Fitnah Usahawan Tudung – ‘Dia Kata Saya Panggil Pekerja Dengan Panggilan Bod*h’
Artikel Berkaitan: Izara Aishah & Adib Khalid Perkenal Puteri Ketiga, Pilih Nama Tahara Alima – ‘Satu Lagi Kebahagiaan Buat Kami’
Fitnah
View on Threads
Pemilik nama Izara Aishah Hisham, 34, meluahkan rasa terkejut terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya kerana tidak mengingati individu berkenaan memandangkan dia sering terserempak dengan ramai orang.
Menurut Izara, kebiasaannya jika dia terkantoi sedang melakukan sesi fotografi di dalam lif, dia hanya akan memandang ke arah dinding kerana berasa malu.
Tak bagi masuk lift pula, fitnah apa ini?
Selalu kalau kantoi pintu lift terbuka masa tengah beria posing maut saya akan tekejut, malu dah tak tau nak letak muka dekat mana lalu tengok dinding.
Selalu yang akan kena jeling dengan saya, kru saya.
Izara berkata dia tidak mempunyai sebab untuk bersikap sombong terhadap individu berkenaan.
Malah, Izara mempersoalkan siapalah individu itu sehingga dirinya perlu berbuat demikian.
Jangan la sombong, tahu la saya Izara Aishah saja tapi bila dah kenal saya siapa kenapa tanya lagi ‘kau siapa?’,
Kau tu siapa yang aku nak bersombong-sombong?
Terdahulu, seorang individu meluahkan rasa kurang senang dengan sikap Izara apabila terserempak dengannya ketika melakukan sesi fotografi di dalam lif.
Individu berkenaan mendakwa Izara menjeling ke arahnya serta tidak membenarkannya masuk ke dalam lif, sekali gus mempersoalkan siapa dirinya sehingga bertindak sedemikian.
Sumber: Threads








