berita

Dituduh Suami Lahirkan Anak Luar Nikah, Wanita Bakar Bayi Atas Dapur Sampai Mati

February 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Suspek larikan diri di dalam hutan

Gara-gara sakit hati akibat difitnah si suami, seorang wanita tergamak membakar bayinya yang baru lahir sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia.

Ibu bakar bayi baru lahir

Foto: Lokasi penemuan mayat mangsa

Memetik laporan CNN Indonesia, wanita dari Indonesia yang berusia 38 tahun itu bertindak sedemikian kerana berang si suami menuduhnya melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain. Disebabkan tuduhan tidak berasas itu, suspek nekad membakar bayi yang baru dilahirkannya. Menurut sumber, bayi malang itu melecur hampir 70 peratus yang akhirnya membawa kepada kematian.

Difahamkan, mayat bayi tersebut ditemui oleh jiran tetangga selepas mereka memasuki rumah suspek. Mereka mendakwa mula mencurigai sesuatu selepas rumah suspek dikatakan tertutup sejak empat hari sebelumnya. Oleh itu, mereka cuba mengetuk pintu rumah berkali-kali namun tiada sebarang respon. Akhirnya, mereka nekad memecahkan pintu rumah terbabit dan alangkah terkejutnya apabila melihat mayat yang sudah hangus terbakar berada di atas tungku.

Penemuan mayat tersebut akhirnya membawa kepada penahanan suspek. Difahamkan, suspek kini berada di hospital untuk menerima rawatan selepas melahirkan bayi dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan. Mayat mangsa juga telah dibawa ke hospital untul proses bedah siasat.

Sumber: CNN Indonesia, TVonenews

SKIP THIS AD ×