berita

Dituduh Perli Nonny Nadirah, Suami Yana Samsudin Respon Foto Berendam Dalam Besen Air

April 5th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Nama pelakon cantik, Nonny Nadirah telah menjadi bualan hangat netizen dipercayai selepas dia memuat naik satu gambar memaparkan dirinya sedang ‘berkemban’ sambil duduk di dalam sebuah besen.

Artikel Berkaitan : Nonny Nadirah Padam Gambar Seksi

Artikel Berkaitan : ‘Nak Romantik Di Pantai Tak Boleh Rentas Negeri…’

Terbaru, suami kepada pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari turut berkongsi foto mereka bersama di dalam sebuah besen. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan palbagai dakwaan dalam kalangan netizen.

‘Kat mana gambar ni mengaibkan orang?’

Susulan daripada itu, Fadzil Zahari telah menafikan dakwaan berkenaan foto yang dimuat naik bersama isterinya di dalam besen mempunyai kaitan dengan isu pelakon Nonny Nadirah. Menurutnya di dalam perkongsiannya itu, dia tidak menyebut nama sesiapa yang terlibat malah dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak yang berkaitan.

Salam Jumaat semua… Kat mana gambar ni mengaibkan orang? Takda aurat sesapa pun dalam gambar ni, takda nama sesapa pun kat sini?

Tujuan kapsyennya di foto tersebut, bukanlah ditujukan kepada Nonny tetapi ianya hanyalah sekadar hiburan. Walau bagaimanapun, disebabkan dia memuat naik dengan menggunakan besen yang sama seperti di Instagram Nonny, Fadzil telah dihentam oleh netizen kerana dituduh tidak sensitif dan menganggap insiden tersebut tidak lawak.

Respon Fadzil Zahari

Di ruangan komen, ada segelintir netizen menganggap bahawa Instagram Nonny dipercayai telah di hacked oleh individu tidak bertanggungjawab. Malah, mereka mendakwa foto-foto seksi itu bukanlah dimuat naik oleh pihak Nonny sendiri. Dalam kesempatan itu, mereka berharap agar pelakon terbabit kuat dan tabah dalam menghadapi ujian sebegini.

Sumber : Fadzil Zahari

SKIP THIS AD ×