berita

Dituduh Sebagai Penyebar Covid-19, ‘Mat Pet’ Bunuh Kakak Ipar Sendiri

May 3rd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang lelaki didakwa membunuh kakak iparnya akibat daripada tuduhan penyebaran Covid-19.

Artikel Berkaitan: Wanita Keguguran Selepas Ditembak Jiran, Punca Pasang Muzik Terlalu Kuat

Artikel Berkaitan: Berang Diminta Cerai Isteri, Lelaki Nekad Bunuh Ibu Mentua & Kakak Ipar Sendiri

Sering dituduh

Menerusi laporan The Thaiger, suspek merupakan seorang penagih dadah yang berang apabila dikatakan punca kematian seorang jiran akibat Covid-19 di Thailand.

Dia (mangsa) sering kali menyebarkan cerita tentang saya sebagai seorang penagih dadah dan kelakuan saya yang tidak terkawal.

Kejadian tembakan di sebuah kedai runcit di Jalan Nong Prue Kao-Baan Hua Kun Jae itu melibatkan seorang pemilik kedai dan seorang wanita berusia 56 tahun.

Difahamkan, pemilik kedai itu cedera parah kerana kesan tembakan di lehernya manakala wanita berkenaan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Hasil pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang berusia 38 tahun itu merupakan adik kepada suami mangsa.

Suspek sempat melarikan diri dengan pistol jenis Taurus 11mm menggunakan kenderaannya yang diletakkan berhampiran kedai mangsa.

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi di dalam hutan berhampiran Pusat Meditasi Chanta Waree, Thailand.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×